Monday, September 23, 2013

Cerita hari tu dan cempedak goreng

Assalamualaikum semua.

Hai hai hai

Ni ha, nak cerita ni.

Minggu lepas Idah pergi la kebun ayah kat Kampung Bukit Taduk.
Kampung tu memang banyak bukit tapi sekarang ni dah banyak dah yang dicantas untuk diambil tanahnya.
Paku-paku bumi dah banyak dicabut. Allahurabbi, bila tercabut paku ,apa yang akan terjadi?. Renung- renungkan..

Ha, sambung balik. Kat kebun tu banyak pokok duku dan cempedak. Cempedak goreng memang kegemaran Idah. Best duk kat kebun sebab sejuk je. Banyak oksigen kan. Tapi yang tak bestnye, banyak nyamuk kot. Memang rasa, arghhhh... Bila dia duk main tepi telinga. Bingit2. Kalau ada penyembur nyamuk tu, memang dah lama arwah nyamuk2 tu. Hihihi. 

Tugas Idah bungkus cempedak dengan suratkhabar sebab nak mengelakkan getah dari terkena tangan dan alihkan ke tepi jalan kecik nak bagi senang angkut dalam kereta. Masa nak alihkan cempedak tu, memang nak dijadikan cerita tali kasut terlekat dekat dawai pagar yang bawah maka jatuh macam nangka buruk la. Dabommm. Jatuh dengan melutut separuh baring sambil kaki belah kanan terangkat diawang-awangan plus buah cempedak kat tangan tu jatuh bergelimpangan. Can you imagine!!. Nak gelak pun ada nak nangis pun ada. Memang lawak kot. Nasib takde orang.hihihi. Bila balik rumah, nak sujud time solat zohor tiba2 terasa sakit kat lutut. Bila tengok, boleh tahan gak lebamnya akibat jatuh tadi. Nasib tak ada terseliuh ke apa ke. Alhamdulillah. ^^

Ha, ni cara2 nak buat adunan tepung untuk goreng cempedak tu. Ni ala2 terengganu. Idah tengok kat utara, lain rupa cempedak goreng. Cara penyediaan tepung dia lain. Okay. Apa yang kita perlukan

Bahan

Tepung beras ikut banyak mana cempedak kita.
Sebiji telur ( mak Idah kata, telur tu untuk bagi rangup tepung kita)
Garam secukup rasa
Secoet kapur makan ( kalau kat negeri lain, x tau orang panggil apa. Kalau kat sini, kedai jual dalam plastik kembung tapi isi dia sikit  dan warna putih.)
1sudu kunyit debu
Air secukupnya
Caranya, gaul semua sekali dan bagi jadi likat. Rasa, kalau tawar, tambah garam skit lagi. Bagi berperisa gitu.hihi

Cara menggoreng

Mak Idah tak suka kalau campur semua sekali cempedak dengan tepung bancuhan tadi sebab nanti tepung bancuhan tu jadi pekat dengan lebihan isi cempedak tu. Jadi, bahagi kepada 3 portion . 1 portion untuk goreng, 1 portion untuk stanby dan 1 portion tambah air bagi cair ( yang ni sikit je) untuk bagi jadi serbuk cruchy dia  yang halus warna kuning tu ( tak tau nama standard dia. Hihi). Cara menggoreng dia, ambik yang cair tu (guna barehand ye), celup bancuhan cair tu dan buat macam renjis2 pada minyak panas. Then, ambik cempedak tu dan masuk dalam  bancuhan yang likat tu dan masukkan dalam minyak panas. Gorengkan dan makan. Selamat mencuba. Hihi.

Tengok la ye gambar ni

cempedak goreng yum yummih!!

ni la yang tak tau nama standard dia. Serbut crunchy yang warna kuning tu. Kalau kat Terengganu panggilnya keppoh bukan kepoh ye.hihi

Sampai sini je dulu ye
Lain kali jumpa lagi, InsyaALLAH..^^

Bye
Assalamualaikum


Pray for Palestine, Egypt, Syria, Roghingia and our brothers and sisters all around the world.
PRAY4UMMAH

Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri

Assalamualaikum semua

Hari ni dah masuk 5 Syawal. Kita dan 5 hari raya. Tahun ni raya banyak kot cerita sedih yang kedengaran. Pergi rumah mak cik ni, terkeluar cerita sedih. Pergi situ, cerita macam tu pulak. Ujian hidup nak jadikan kita lebih matang kan. Kita yang menjadi pendengar tu kena la ambik iktibar dari cerita tu. Ujian hidup ini ada pelbagai, hadapinya dengan senyuman walaupun payah. ^^

Ha, masuk balik mood raya. Masa 1 syawal tu, macam biasa la kan. Pergi umah tokki (my grandpa) untuk beraya dan melawat saudara mara. Seorang sepupu Idah tak dapat beraya sebab kerja. Dia kerja jururawat jadi susah nak dapat cuti. Dah setahun lebih tak jumpa dia ni, nak buat macam mana semua dah ada komitmen masing2. Cik Su kita ( my bff) dah dapat kerja tau. Alhamdulillah. Happy for her walaupun diri ini masih tertunda rezeki kerja tu. My mom said " rezeki dia sampai awal, sabarlah. ^^". Yeah, kita sabar sama2 ya. Sangat happy untuk dia sebab kalau dah kerja, green light untuk kahwin pun menyala.hihihihi. (Su, ops.hihihi). Moga kawan2 yang lain termasuk diri sendiri mendapat yang terbaik dari-NYA..aameen. ALLAH memberi keperluan kita bukannya kehendak, Seisi dunia pun belum cukup mengisi kehendak manusia. Maka bersyukurlah dengan yang ada sekarang dan bergembiralah dengan kehidupanmu. Alhamdulillah. ^^
Dalam raya ni ada yang lawak dan terkilan. Sangat terkilan bila raya semestinya kita nak berborak2, bertanya kgabar face to face kan tapi generasi2 yang muda ni asyik berkepit je dengan smartphone masing2. Duk berSMS la, Upload gambar la, berwechat, kakaotalk dan senagkatan dengannya, main game la sampaikan tak hiraukan sekeliling. Tegur pun macam tu jugak, habis2 geleng kepala je la. Zaman berubah sampaikan yang jauh jalinkan silaturrahim tapi yang dekat nak berpaling pun tak. Yang lawaknya, pakai baju warna turquoise for girl untuk raya pertama. Kira macam baju tema la kan tapi my mom lari sikit tema, lebih kearah warna hijau. Bila buka Instagram dan FB, ramai yang upload gambar gaya dan warna tema turquoise. Pergi rumah sepupu, masuk rumah macam big gathering bila baju sama tema. Bila salam tu, macam salam dengam orang yang masa. hahahaha. Lawak la. Apa baju tema anda?.hihihi

Okay. Masuk 2 syawal, duduk rumah tunggu orang datang dan bakal abang ipar mai ghumah habaq hang. Hahaha. Moga dapat jodoh yang baik ye kakakku. aameen. kihkihkih (serious ni) . Memang ramai yang datang . Biasa la, nama pun hari raya. Dan Safuan comel pun balik. Raya pertama Safuan beraya rumah mama nenek dia sebab tahun lepas dah beraya kat sini. Memang lawak la Safuan ni, dengan budak sebaya dia taknak berkawan. Asyik gaduh je tapi dengan orang dewasa okay je mainnya. Maka makcik dan pakcik dia pun jadilah perangai sorang2 macam budak2. hahahaha.

3 dan 4 syawal dah kurang orang datang tapi kan trend orang datang rumah macam ni. Pagi dan tengahari takde orang, masuk petang tu dah mula 1 pasukan diikuti pasukan yang lain. Maka rumah yang besar akan menjadi sempit. Mula la tak terlayan sebab ramai sangat. Huhuhu. Maaf andai kekurangan ye.

Ha, trend raya tahun ni pun menyaksikan ramai kawan2 , senior2 dan junior2 melangkah ke alam pertunangan dan perkahwinan. Moga yang terbaik ku doakan untuk kalian. aameen. Kompang dipalu pengantin malu, acece..nyanyi la pula. Idah? lambat lagi rasanya. tungguuuuuuuuuuuu. hahahaha.

Masih dapat duit raya dari kakak, abang's' , makcik dan jiran. Tak banyak macam dulu tapi alhamdulillah masih dapat duit raya.hihihi. Oh ye, lupa nak cerita tentang rasa hati. Kan dalam family Idah ada 2 orang je perempuan. Plus mak jadi 3 orang la. So, time nak raya tu memang sangat kelam kabut nak cari, iron dan pasang langsir la. Nak buat biskut raya dan letak dalam balang la. Nak basuh membasuh benda tu semua. Sangat2 meletihkan. Nasib baik la baju2 raya dah gosok awal2 sebab siap awal, kalau tak. PENGSAN. hahaha. Lalu terfikirlah daku akan jiranku yang mempunyai seorang anak perempuan dan makcik ku yang tidak mempunyai anak perempuan. Mesti penat tahap gaban kan. Masa pergi menziarahi jiran waktu pagi raya kedua tu, dia duk kemas lagi. Sempat la bertanya tentang persiapan raya ni dan dia menyatakan bahawa memang kelam kabut + tak cukup tangan. Sangat memahami. huhuhu, so lelaki2 seluruh dunia, aceceh.hihihi. Ringankanlah tulang anda jika diminta pertolongan. Terima kasih. hahaha

Dah habis tentang raya dan dikesempatan ni, Idah nak mintak maaf sangat2 andai tersalah kata tersinggung rasa, harap dimaafkan. Andai terambil barang, halalkan @ mintak ganti rugi ye. Maaf segalanya dan selamat hari raya.

Dalam bergembira ni, jangan lupa ye saudara2 kita yang menyambut syawal dengan serba kekurangan. Doa kita untuk mereka semua.

 layan gambar dulu

duk semangat nak makan mee sup


Safuan dah balik!!!!!!

Tangga pun tangga la

cucu's' with tokki


bye semua. Assalamualaikum

Pray for Syria, Palestine, Egypt, Iraq and muslim all over the world.

Thursday, July 18, 2013

Realiti atau fantasi

Assalamualaikum semua. Moga hari ini lebih baik dari hari2 sebelumnya.aameen

Okay,berbalik kepada tajuk diatas

Hari tu, Idah ada baca satu novel ni. Cerita dia not bad tapi ada satu perasaan yang tak best waktu baca novel tu. Bahagian fantasinya, hero dalam novel tu terrrrrrsangattttttlah kaya. Kaya yang macam sangat tak logik. Bak kata orang, kaya tahap gaban la. Maka terfikirlah diri ini, bagusnya kalau orang kaya macam ni tolong saudara kita kat Palestin, Syria, Roghingia dan lain-lain tempat. Mesti masalah kebuluran dan bantuan infrastuktur dapat diatasi. Hihihi.

Bahagian realiti dan boleh diambil iktibar, kisah dalam tu novel tu ialah bila kita hadapi sesuatu ujian tu, jangan kita tengok kita ni dah takde apa2. Kita patut toleh kebelakang untuk tengok orang yang mendapat pelbagai ujian yang kalau kita duduk dalam situasi tu, macam blur je tak tahu nak buat apa. Selain tu ( macam buat karangan der, :-P ) , perkara yang ditekankan dalam novel tu, beauty with a brain. Tu yang penting. Ilmu dunia dan akhirat. Dalam novel tu, penulis buat cerita yang kita belum terlambat untuk berubah kearah kebaikan.

Okay, tu je la nak membebel kat sini. Saja nak penuhkan blog ni dengan entry baru.hihihi.

Bye semua. Selamat berbuka.

Assalamualaikum

Please pray to all muslims around the world. ^^

Tuesday, July 16, 2013

Okay (><)

Assalamualaikum.

Tadi ada terbaca status fb kawan.

Lebih kurang macam ni la.

"tahniah bagi yang lulus dan bakal bergraduasi.moga tahun ni takde lambakan graduan yang menganggur seperti manifesto bn menyasarkan 3.3 juta peluang pekerjaan"

Ayat yang "best sangat" ialah lambakan graduan menganggur.

Don't know, am I over sensitive or what but it's hurt me... Am I over in intepreting the meaning.hahaha. I don't know. Kikiki

- broken english btol- (><)

That's all.

Have a nice day . Take care . Smile as big as you can.

Lets pray for all muslims around the world.

Assalamualaikum.

Wednesday, July 10, 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum

ehsan google

Alhamdulillah, ramadhan sudah menjelma. Mari kita semua mempersiapkan diri untuk melakukan amal ibadah.

Moga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Moga kita beroleh rahmah, keampunan dan dikurniakan pelepasan daripada neraka jahanam serta tergolong bersama mereka yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan. aameen

Doakan juga untuk saudara kita di Syria, Arakan (Myammar), Mesir, Palestin dan seluruh dunia di bulan puasa ini.
Sabda Rasulullah S.A.W , doa yang tidak ditolak antaranya doa orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka. (Riwayat al-Tirmizi).

Thursday, July 4, 2013

Terkejut dan terkedu

Assalamualaikum

Cerita bermula pagi tadi
Tengah nak kemas dapur, tiba2 my mum told me something
" Dr Mohsi dah kena guling dengan tentera" dengan muka sedih
Idah tak tahu nak bereaksi macam mana
sangat sedih sampai terkedu
lepas tu buka facebook dan baca post dalam tu
bergenang air mata baca tentang penggulingan Dr. Mohsi dan ada terbaca tentang ucapan Dr. Mohsi

meh nak kongsikan
sumber: facebook

Ucapan Dr Morsi :

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!


dan tindakan awal tentera
sumber: facebook

Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama (baca : satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.


bagi yang menyokong penggulingan Dr. Mohsi. Sila ambil masa sejenak berfikir tentang akibat daripada penggulingan presiden yang dilantik melalui pilihanraya yang sah dan kesan terhadap jiran tetangga Mesir, Palestin. Sila fikirkan

"Ya ALLAH, satukanlah hati kami atas nama agama-MU dan kuatkanlah dan lindungilah kami dalam menghadapi tentangan, cubaan dan segala macam ancaman akhir zaman ini.ameen"

sekian.

Assalamualaikum.

Pray for Syria, Mesir, Palestine, Myammar (Rohignia) and all muslims around the world.

Thursday, June 13, 2013

Blueberry Cheesecakeku

Assalamualaikum

Apa khabar semua
Hari tu ada buat blueberry cheesecake
Dapat resepi dari facebook Buku resepi
Resepi dia sangat ringkas
Idah (xnak guna aku dah ^^) ambil resepi tu kat sini RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE
Idah memang ikut resepi tu kecuali biskut tu Idah guna biskut marie je sebab nak jimat dan Idah guna gelatin yang halal (diperakui oleh JAKIM) sebab takde serbuk agar2
dan inilah hasilnya

tada!!! my first attempt 
ni Idah salin resepinya

# Idah copypaste je ni.Idah ikut step tu satu2 dan memang hasilnya seperti diatas. Sangat sedap

Bahan A:-
2 bungkus OREO
50 gram buttercup

Cara-caranya:
1- Asingkan marshmallow dari biskutnya kemudian hancurkan guna pengisar kering, tak ada pengisar guna cara tradisional dengan masukkan biskut tu dalam plastik kemudian ketuk-ketuk kat dinding bagi hancur(pandai-pandailah korang buat.)

2- Butter perlu dicairkan guna kaedah double boil pun okey guna pan letak atas dapur pun okey. Pilihlah cara yang mana korang suka, den guna cara mudah lagi senang letak butter atas pan kemudian ketik dapur gas biarkan dia cair sendiri(INGAT!! Api sederhana sahaja okey nanti kalau api besar warna butter bertukar perang dan rasanya pun akan bertukar. Please take a note!!) kemudian biarkan butter tu sejuk seketika. Sambil-sambil tu sila sediakan bahan yang seterusnya.


Bahan B:-
-250 gram cream cheese jenama TATURA (ikutlah jenama apa yang halal dan ada di tempat ada)*mesti dalam suhu bilik, kalau simpan dalam peti sejuk makesure letak diluar sejam sebelum digunakan.


-80 gram gula kastor(agak-agak ½ cawan)
* tiada gula kastor, no problem guna je gula apa yang ada kat dapur korang kalau gula pasir makesure kisar bagi halus dulu then guna ½ cawan sahaja. Gula kastor tu kurang manis dari gula pasir so agak-agak la ye, jangan hentam secawan dah ler nanti ada yang masuk wad puasa-puasa nie. Ingat kurangkan manis dalam makanan lebihkan manis dalam senyuman..hehe


-250 gram whipping cream jenama Aria(jenama Anchor pun ok, yang penting halal, tak tahu benda ape tu sila tengok gambar, tak tahu juga pergi google and search dulu, tak tahu juga pergi je kedai bakery minta whipping cream. 


-5 sb serbuk agar-agar tanpa pewarna(den guna jenama NONA, dijamin halal)*resepi asal guna gelatin, gelatin halal sukar diperolehi kat sini.(my place la)


-50 ml air atau ½ cawan


- 1 sk esen vanilla atau perahan lemon.(den guna esen vanilla je)

*sk-sudu kecil
*sb-sudu besar

Bahan untuk Hiasan:-(optional)
Biskut Oreo
Filling blueberry yang telah dicairkan dengan sedikit air

Cara-caranya:-
1- Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan serbuk agar-agar(agak-agak dak likat, kalau cair tanpa lagi serbuk agar-agar).

2- Sementara nak tunggu air mendidih korang balik semula ke bahan A tadi gaulkan butter yang telah dicairkan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan atau dikisar. Gaul hingga sebati(den gaul dalam pan tu je *rujuk gambar) kemudian masukkan dalam loyang atau spring foam yang telah dialakan dengan aluminium foil atau baking paper. Ratakan dan jangan tekan kuat-kuat hingga padat, nanti masa potong susah nak tanggal, cukup sekadar kasi rata je. Kemudian masukkan dalam peti sejuk atau frezer.
, make sure bagi larut betul-betul dan larutan akan jadi likat apabila anda angkat sudu tersebut .Kemudian mixer cream cheese dan gula kastor hingga lembut dan berkrim(jangan lama-lama nanti tekstur dia rosak, agak-agak dah lembut dan sebati okey ler tue.)

4- Kemudian ambil spatula atau senduk kayu masukkan agar-agar tadi dan kacau hingga sebati. Tambahkan sedikit esen vanilla atau perahan lemon. Kacau hingga sempurna.


5- Dalam bekas lain, mixer whipping cream hingga gebu dan kental(nie pun jangan mixer lama-lama nanti dia berketul-ketul dan tekstur akan rosak,cukup sekadar dia sebati dalam 3-4 min). Masukkan ½ whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi. Guna kaedah kaup balik adunan hingga rata.Tambahkan baki whipping cream yang selebihnya dan kaup balik hingga sempurna. Masukkan adunan dalam piping beg


6- Kemudian piping kan ke atas Bahan A tadi Masa nie nak lapis dengan biskut oreo pun boleh. Dah siap masukkan dalam peti sejuk paling kurang 5 jam. Den letak semalaman. Buat malam esok pagi breakfast cheese cake.

7- Dah beku semalaman bolehlah keluarkan kek tersebut perlahan-lahan dan hias dengan filling blueberry dan sedikit biskut oreo. Ikut kreativiti anda, den bukanlah anak seni jadi den buta seni, hias ikut hati perut diri den sendiri je. Orait, siap!
Selamat mencuba kawan-kawan

^^ Assalamualaikum


Free Palestine, Save Syria and all muslims around the world

Thursday, April 18, 2013

Puding karamel super duper simple

Assalamualaikum

mood memasak tiba-tiba datang
sebab????
lapaq dan terasa nak makan puding karamel

resepi ni dapat dari kakak senior,Kak Farha.(*^^*)
Thank kak coz gives me super duper easy + awesome caramel pudding

ni resepinya

Topping -karamel-
6 sudu gula
1/3 cawan air

Puding
3 biji telur
1tin susu cair
2sudu tepung kastard
5 sudu gula
1sudu kecil esen vanila

Cara

buat puding dulu

1- telur + gula sebatikan (jangan pukul telur sampai berbuih,nanti bawah dia lembik).Pukul manja je
2- masukkan susu cair.Sebatikan
3- ambil sikit campuran tadi dan     masukkan tepung kastard.Aku buat macam ni sebab kastard akan berketul jadi senang nak hilangkan ketulan tu.Bila dah siap dan tak berketul,masukkan semula dalam campuran tadi
4- Terakhir, masukkan esen vanila dan sebatikan.

topping

1- masak gula dalam kuali, api sederhana.Nanti pahit sangat tak sedap
2- bila gula dah hancur sepenuhnya,masukkan air dan kacau serta merta untuk larutkan dia
3- bila dah takde ketulan,masukkan dalam bekas

Tunggu sekejap je, jangan bagi keras sangat karamel tu, terus masukkan campuran puding yang kita buat tadi dalam bekas yang ada karamel tu.
Dan siap untuk dikukus.Kukus selama 45 minit.
Nak tahu masak, cucuk tengah puding dengan lidi.Bila puding tak melekat dengan lidi, DAH MASAK!!!.
Siap untuk dimakan.YUMMY!!!!

Lupa nak beritahu, bila dah sejuk, terbalikkan.Baru nampak karamelnya.

SELAMAT MENCUBA (^-^)v

Tengok gambar kat bawah, yang kiri tu belum diterbalikkan. Yang kanan,dah diterbalikkan. Yang bawah tu, untuk dimakan. ^^

Sunday, April 14, 2013

Cerita hari ini dan hari- hari sebelumnya

Assalamualaikum ^^

Macam mana nak bermula cerita ni eh
erm...
Topik cerita hari ni berkisar tentang KERJA

Seperti yang sedia maklum (ayat skema dalam penulisan tingkatan 5)
Aku masih sebagai lepasan ijazah yang sedang mencari kerja
Dan semestinya orang sekeliling duk bising kenapa masih tak dapat kerja
Ada beberapa situasi yang berlaku pada diri aku dan kawan-kawan aku

Situasi pertama

makcik sekampung: x dapat kerja lagi ke?
aku: (senyum) tak dapat lagi, xdop rezeki lagi.
makcik sekampung: aritu Ijah (kakak aku) keluar universiti terus dapat kerja kan?
aku: yup
makcik sekampung: result rendah eh masa keluar universiti.
aku.............SILENT...........

*sedih kot dengar macam tu. Result aku takde la teruk sangat.CGPA 3 above la jugak..takde rezeki lagi la makcik..

Situasi kedua

Seorang wanita:tak dapat kerja lagi ke?
Kawan aku: x dapat lagi..xde rezeki lagi
Seorang wanita: ambik course nape dulu kat universiti
Kawan aku : applied biology
Seorang wanita: kenapa tak ambik cikgu ke, ape ke?
Kawan aku:........................SILENT......................

*sedih tau..kenapa perlu diungkit-ungkit perkara yang dulu. Mana boleh pusing balik dah..Ini takdir jalan hidup kitorang. Qada' dan qadar. ALLAH meletakkan kami-kami semua ditempat ini..Mesti ada hikmah disebaliknya. Aku pernah bercakap tentang hal ni dengan mak aku. Aku kata, aku tak pernah menyesal sebab ambil course ni sebab ni minat aku dan mak aku memahami. My mother is the best mother in the world.^^

Situasi ketiga

remaja: tak kerja lagi ke?
kawan aku: tak lagi.Tengah apply apa yang patut la ni
remaja: aku tak masuk universiti pun dah kerja.Belajar tinggi-tinggi tapi duk rumah je
kawan aku............SILENT TAPI RASA MACAM NAK HEMPUK JE BUDAK TU...........

*sesedap perasa je kata kami-kami ni macam ni. Kami belajar sebab ilmu dan kami suka belajar. So, what wrong with that?

situasi keempat
pakcik sekampung: tak dapat kerja lagi (senyum sinis)?
aku:...senyap je..letih nak layan

Situasi kelima

kawan sekolah : hallo, dapat kerja tak lagi
aku: Tak dapat lagi..tengah cari la ni
kawan: isi tak BLA BLA BLA
aku: isi...ni nak bagitau sebenarnya dah bosan dengan soalan yang sama je
then kawan aku tak reply mesej tu sampai ke hari ni..haha

Situasi keenam

kawan sekolah :buat apa.dah kerja ke
aku: tak lagi, duk rumah je
kawan sekolah: la, isi tak BLA BLA BAL
aku: dah bosan dengan soalan ni..letih..fed up
kawan sekolah: ingat bosan duduk rumah tapi kalau dah suka duk kat rumah tu SILAKAN
aku: Yelah (walaupun agak sentap ayat macam tu)

Itulah antara isi perbualan yang melanda diri aku dan kawan-kawan yang lain..hihihi.
Biasa la kan
Tapi aku sangat beruntung sebab mak aku takde la mendesak macam ayat-ayat diatas

Beliau cuma berkata
"InsyaALLAH nanti ada la rezeki tu. Sekarang ni duk rumah dulu bantu cik ( panggilan kami kepada mak -bahasa orang lama-lama) . Ada kat rumah ni senang skit kerja cik, ada orang tolong basuh pinggan , sapu rumah, masak simple2 (walaupun tak berapa nak pandai.hihi)"

Tersentuh hati aku tau.hihihi...i love u mum..You're my best friend, my motivator and my everything.^^

Bila mak aku kata macam tu, aku pun terfikir.Mungkin ALLAH nak aku jaga dulu mak aku (walaupun mak aku yang banyak jaga aku.hihi). Esok-esok dah kerja, mesti sibuk dan tak sempat nak buat semua tu.Balik rumah penat dan tidur je kan.Mesti ada hikmah disebaliknya.

Berbaik sangkalah kita kepada ALLAH S.W.T. Kita merancang dan ALLAH juga merancang dan ALLAH jualah sebaik-baik perancang.

ok la semua...bye-bye.. positifkan diri anda

ASSALAMUALAIKUM.^^

Monday, April 8, 2013

~ Hobi ~



Assalamualaikum semua

lama tak menconteng dalam ni
idea banyak tapi macam takde idea
hahaha
(ituhanyaalasan)

hokeh..hokeh...
hari ni nak cerita pasal hobi

hobi aku ni banyak dan sering berubah-ubah tapi ada satu yang tak berubah dari dolu sampai sekarang iaitu
MEMBACA

aku sangat suka membaca dan sukakan buku
tapi semenjak dua menjak ni
1 biji novel tu, mengambil masa yang sannnnnggggaaaattttt lama nak dihabiskan
entah syndrome apa yang melanda aku ni
kalau dolu-dolu, zaman-zaman sekolah menengah
1 biji novel tu semalaman je
tapi yang masa tu, novel xde la banyak sangat
pinjam orang punya je..
itu dulu

sekarang ni
dah boleh beli sendiri buku
dah ada duit la katakan
koleksi novel kat rumah aku 80% aku beli 20% kakak dan abang aku beli
abang aku suka beli Ramlee Awang Murshid
aku pun minat
cerita dia suspen tappi best
tak bosan
kakak aku pulak, baru semenjak dua menjak ni dia beli novel
dolu-dolu
dia suruh aku beli sebab dia nak baca
hahaha
macam-macam la
aku ni macam ada satu keterujaan bila nampak kedai buku
setiap kali nampak kedai buku
pasti kaki akan melangkah ke sana
tak boleh tahan btol la
hahaha


hari tu, aku kebosanan tahap dewi (feminin sikit)
aku pun tengok la koleksi novel aku

TADA!!!!! ni la novel aku
    
ni la koleksi novel aku

ni koleksi fajar paker

ni kaki novel

ni koleksi Jemari Seni 

ni koleksi Karya Seni

ni koleksi Penulisan2u

ni campur-campur


ni pulak Alaf 21


mereka yang suka kumpul novel ni mesti ada kisah novel hilang kan
sama la macam aku
banyak jugak la novel aku yang hilang
ada kawan tu, awek dia nak pinjam
aku ni takde la kedekut nak bagi pinjam sebab aku pun tahu
sedih tau orang tak bagi pinjam novel
 lepas tu, aku bagi la
alih-alih dia clash dengan awek dia
dengan novel-novel aku skali di-clash-kan-nya
tah tak tahu apa la nasib novel aku tu
hahaha
sedih je bunyinya
tapi nak buat macam mana...reda je la..hahaha

eh..kejap.
bukan novel je aku kumpul, buku lain pun aku kumpul gak
ni dia..TADA!!!

majalah!!

buku travelog tarbiah..sejarah..motivasi dan macam -macam la
 dan... my current hobby is DIY
(do it yourself)



this is my 1st DIY
-Ribbon Felt Brooch-
my second DIY
-Flower Felt Brooch-

dengan siapnya DIY ni, tak payah la aku beli Felt brooch yang berharga Rm2.50 satu tu
hahahaha..punya la kedekut aku ni..ish3..^^

macam mana aku bleh buat semua ni
senang je
GOOGLE SAHAJA
macam-macam bentuk keluar
hihihi
semuanya dihujung jari kan

okey la
dah letih dan duk menaip ni (alasan je)
lain kali aku conteng lagi blog bersawang ni
hahaha
bye2 semua

assalamualaikum ^^

(SAVE PALESTINE - FREE SYRIA- HELP ROHINGIA AND ALL MUSLIMS AROUND THE WORLD)