Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri

Assalamualaikum semua

Hari ni dah masuk 5 Syawal. Kita dan 5 hari raya. Tahun ni raya banyak kot cerita sedih yang kedengaran. Pergi rumah mak cik ni, terkeluar cerita sedih. Pergi situ, cerita macam tu pulak. Ujian hidup nak jadikan kita lebih matang kan. Kita yang menjadi pendengar tu kena la ambik iktibar dari cerita tu. Ujian hidup ini ada pelbagai, hadapinya dengan senyuman walaupun payah. ^^

Ha, masuk balik mood raya. Masa 1 syawal tu, macam biasa la kan. Pergi umah tokki (my grandpa) untuk beraya dan melawat saudara mara. Seorang sepupu Idah tak dapat beraya sebab kerja. Dia kerja jururawat jadi susah nak dapat cuti. Dah setahun lebih tak jumpa dia ni, nak buat macam mana semua dah ada komitmen masing2. Cik Su kita ( my bff) dah dapat kerja tau. Alhamdulillah. Happy for her walaupun diri ini masih tertunda rezeki kerja tu. My mom said " rezeki dia sampai awal, sabarlah. ^^". Yeah, kita sabar sama2 ya. Sangat happy untuk dia sebab kalau dah kerja, green light untuk kahwin pun menyala.hihihihi. (Su, ops.hihihi). Moga kawan2 yang lain termasuk diri sendiri mendapat yang terbaik dari-NYA..aameen. ALLAH memberi keperluan kita bukannya kehendak, Seisi dunia pun belum cukup mengisi kehendak manusia. Maka bersyukurlah dengan yang ada sekarang dan bergembiralah dengan kehidupanmu. Alhamdulillah. ^^
Dalam raya ni ada yang lawak dan terkilan. Sangat terkilan bila raya semestinya kita nak berborak2, bertanya kgabar face to face kan tapi generasi2 yang muda ni asyik berkepit je dengan smartphone masing2. Duk berSMS la, Upload gambar la, berwechat, kakaotalk dan senagkatan dengannya, main game la sampaikan tak hiraukan sekeliling. Tegur pun macam tu jugak, habis2 geleng kepala je la. Zaman berubah sampaikan yang jauh jalinkan silaturrahim tapi yang dekat nak berpaling pun tak. Yang lawaknya, pakai baju warna turquoise for girl untuk raya pertama. Kira macam baju tema la kan tapi my mom lari sikit tema, lebih kearah warna hijau. Bila buka Instagram dan FB, ramai yang upload gambar gaya dan warna tema turquoise. Pergi rumah sepupu, masuk rumah macam big gathering bila baju sama tema. Bila salam tu, macam salam dengam orang yang masa. hahahaha. Lawak la. Apa baju tema anda?.hihihi

Okay. Masuk 2 syawal, duduk rumah tunggu orang datang dan bakal abang ipar mai ghumah habaq hang. Hahaha. Moga dapat jodoh yang baik ye kakakku. aameen. kihkihkih (serious ni) . Memang ramai yang datang . Biasa la, nama pun hari raya. Dan Safuan comel pun balik. Raya pertama Safuan beraya rumah mama nenek dia sebab tahun lepas dah beraya kat sini. Memang lawak la Safuan ni, dengan budak sebaya dia taknak berkawan. Asyik gaduh je tapi dengan orang dewasa okay je mainnya. Maka makcik dan pakcik dia pun jadilah perangai sorang2 macam budak2. hahahaha.

3 dan 4 syawal dah kurang orang datang tapi kan trend orang datang rumah macam ni. Pagi dan tengahari takde orang, masuk petang tu dah mula 1 pasukan diikuti pasukan yang lain. Maka rumah yang besar akan menjadi sempit. Mula la tak terlayan sebab ramai sangat. Huhuhu. Maaf andai kekurangan ye.

Ha, trend raya tahun ni pun menyaksikan ramai kawan2 , senior2 dan junior2 melangkah ke alam pertunangan dan perkahwinan. Moga yang terbaik ku doakan untuk kalian. aameen. Kompang dipalu pengantin malu, acece..nyanyi la pula. Idah? lambat lagi rasanya. tungguuuuuuuuuuuu. hahahaha.

Masih dapat duit raya dari kakak, abang's' , makcik dan jiran. Tak banyak macam dulu tapi alhamdulillah masih dapat duit raya.hihihi. Oh ye, lupa nak cerita tentang rasa hati. Kan dalam family Idah ada 2 orang je perempuan. Plus mak jadi 3 orang la. So, time nak raya tu memang sangat kelam kabut nak cari, iron dan pasang langsir la. Nak buat biskut raya dan letak dalam balang la. Nak basuh membasuh benda tu semua. Sangat2 meletihkan. Nasib baik la baju2 raya dah gosok awal2 sebab siap awal, kalau tak. PENGSAN. hahaha. Lalu terfikirlah daku akan jiranku yang mempunyai seorang anak perempuan dan makcik ku yang tidak mempunyai anak perempuan. Mesti penat tahap gaban kan. Masa pergi menziarahi jiran waktu pagi raya kedua tu, dia duk kemas lagi. Sempat la bertanya tentang persiapan raya ni dan dia menyatakan bahawa memang kelam kabut + tak cukup tangan. Sangat memahami. huhuhu, so lelaki2 seluruh dunia, aceceh.hihihi. Ringankanlah tulang anda jika diminta pertolongan. Terima kasih. hahaha

Dah habis tentang raya dan dikesempatan ni, Idah nak mintak maaf sangat2 andai tersalah kata tersinggung rasa, harap dimaafkan. Andai terambil barang, halalkan @ mintak ganti rugi ye. Maaf segalanya dan selamat hari raya.

Dalam bergembira ni, jangan lupa ye saudara2 kita yang menyambut syawal dengan serba kekurangan. Doa kita untuk mereka semua.

 layan gambar dulu

duk semangat nak makan mee sup


Safuan dah balik!!!!!!

Tangga pun tangga la

cucu's' with tokki


bye semua. Assalamualaikum

Pray for Syria, Palestine, Egypt, Iraq and muslim all over the world.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.
    kita dtg raya sini pulaklah :)
    tu diaaaaa.. diary raya dia, akak ni lagilah, sorang je pompuan kat rumah ni. tunggang langgang, terbalik, terlompat semua ada.. apa nak buatkan.. terima jelah.. heheh

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam

    waaaaaaa, kak bunga mai beraya kat belog kiter la
    nak lompat2 bleh x?
    hihihi

    Kak bunga, Idah sangat3 memahami
    memang x terkejar kn
    rasa mcm nak tido bawah langsir y tak di-iron pun ade
    Idah yang ada geng pun cam tak terkejar
    inikan Kak Bunga
    dengan kotak y ada duk bersusun (baru lepas baca entry kotak kak)
    + xde geng
    boleh mengalir air mata ni kak
    Orang lain syahdu dengar takbir, akak syahdu kemas rumah.hihihi

    ReplyDelete
  3. Wah che de..pndai karang...kt sini
    rupenya gmbr rye..kih2
    kak izan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...malu che de.kikiki..
      bnyk lg k.izan. dlm lappy .hii

      Delete