Sunday, April 14, 2013

Cerita hari ini dan hari- hari sebelumnya

Assalamualaikum ^^

Macam mana nak bermula cerita ni eh
erm...
Topik cerita hari ni berkisar tentang KERJA

Seperti yang sedia maklum (ayat skema dalam penulisan tingkatan 5)
Aku masih sebagai lepasan ijazah yang sedang mencari kerja
Dan semestinya orang sekeliling duk bising kenapa masih tak dapat kerja
Ada beberapa situasi yang berlaku pada diri aku dan kawan-kawan aku

Situasi pertama

makcik sekampung: x dapat kerja lagi ke?
aku: (senyum) tak dapat lagi, xdop rezeki lagi.
makcik sekampung: aritu Ijah (kakak aku) keluar universiti terus dapat kerja kan?
aku: yup
makcik sekampung: result rendah eh masa keluar universiti.
aku.............SILENT...........

*sedih kot dengar macam tu. Result aku takde la teruk sangat.CGPA 3 above la jugak..takde rezeki lagi la makcik..

Situasi kedua

Seorang wanita:tak dapat kerja lagi ke?
Kawan aku: x dapat lagi..xde rezeki lagi
Seorang wanita: ambik course nape dulu kat universiti
Kawan aku : applied biology
Seorang wanita: kenapa tak ambik cikgu ke, ape ke?
Kawan aku:........................SILENT......................

*sedih tau..kenapa perlu diungkit-ungkit perkara yang dulu. Mana boleh pusing balik dah..Ini takdir jalan hidup kitorang. Qada' dan qadar. ALLAH meletakkan kami-kami semua ditempat ini..Mesti ada hikmah disebaliknya. Aku pernah bercakap tentang hal ni dengan mak aku. Aku kata, aku tak pernah menyesal sebab ambil course ni sebab ni minat aku dan mak aku memahami. My mother is the best mother in the world.^^

Situasi ketiga

remaja: tak kerja lagi ke?
kawan aku: tak lagi.Tengah apply apa yang patut la ni
remaja: aku tak masuk universiti pun dah kerja.Belajar tinggi-tinggi tapi duk rumah je
kawan aku............SILENT TAPI RASA MACAM NAK HEMPUK JE BUDAK TU...........

*sesedap perasa je kata kami-kami ni macam ni. Kami belajar sebab ilmu dan kami suka belajar. So, what wrong with that?

situasi keempat
pakcik sekampung: tak dapat kerja lagi (senyum sinis)?
aku:...senyap je..letih nak layan

Situasi kelima

kawan sekolah : hallo, dapat kerja tak lagi
aku: Tak dapat lagi..tengah cari la ni
kawan: isi tak BLA BLA BLA
aku: isi...ni nak bagitau sebenarnya dah bosan dengan soalan yang sama je
then kawan aku tak reply mesej tu sampai ke hari ni..haha

Situasi keenam

kawan sekolah :buat apa.dah kerja ke
aku: tak lagi, duk rumah je
kawan sekolah: la, isi tak BLA BLA BAL
aku: dah bosan dengan soalan ni..letih..fed up
kawan sekolah: ingat bosan duduk rumah tapi kalau dah suka duk kat rumah tu SILAKAN
aku: Yelah (walaupun agak sentap ayat macam tu)

Itulah antara isi perbualan yang melanda diri aku dan kawan-kawan yang lain..hihihi.
Biasa la kan
Tapi aku sangat beruntung sebab mak aku takde la mendesak macam ayat-ayat diatas

Beliau cuma berkata
"InsyaALLAH nanti ada la rezeki tu. Sekarang ni duk rumah dulu bantu cik ( panggilan kami kepada mak -bahasa orang lama-lama) . Ada kat rumah ni senang skit kerja cik, ada orang tolong basuh pinggan , sapu rumah, masak simple2 (walaupun tak berapa nak pandai.hihi)"

Tersentuh hati aku tau.hihihi...i love u mum..You're my best friend, my motivator and my everything.^^

Bila mak aku kata macam tu, aku pun terfikir.Mungkin ALLAH nak aku jaga dulu mak aku (walaupun mak aku yang banyak jaga aku.hihi). Esok-esok dah kerja, mesti sibuk dan tak sempat nak buat semua tu.Balik rumah penat dan tidur je kan.Mesti ada hikmah disebaliknya.

Berbaik sangkalah kita kepada ALLAH S.W.T. Kita merancang dan ALLAH juga merancang dan ALLAH jualah sebaik-baik perancang.

ok la semua...bye-bye.. positifkan diri anda

ASSALAMUALAIKUM.^^

3 comments:

  1. salam dah,

    :')

    rindu lah.

    inshaAllah.. ^^ moga ALlah tunjuk jalan tuk kte smua.. ameen

    :)

    ReplyDelete
  2. wsalam anis cute
    rindu jugop
    rindu sangat2..bila la nk jumpa kan
    insyaALLAH..ameen.^^

    ReplyDelete
  3. Custom Aluminum Wire For a Spin | Titanium Wire For a Spin
    Titanium titanium blade Wire. Tittored in a metal wire that will enhance the speed of the spin. titanium cup To use with a spin the wire titanium muffler will benjamin moore titanium either use a ford fusion titanium 2019 wire or a titanium

    ReplyDelete