Wednesday, November 23, 2011

dAh bELi


assalamualaikum

seronoknye hari ni sebab............................................................................................................................


DAH BELI BUKU SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH by USTAZ HASRIZAL


seronok sangat-sangat
sebab ada something yang boleh memotivasian diri ini..:)

plus dapat diskaun 20 % masa beli buku ni (POPULAR buka gerai kat USM)
lama mana tak tau la...bahaya duk jalan2 tepi buku ni.
terasa je tangan ni nak belek dan beli..hehehe
buku tu boleh la harga RM20...hehehe..
suka2


"orang yang tidak pernah dibakar panas mentari mustahil menghargai rimbun berteduh"-peribahasa turki


Saturday, November 19, 2011

sTeP bY sTeP

assalamualaikum

ape korang rasa ??
sekarang ni aku rasa macam nak nangis je...sebab...macam2

benda yang kita tak tahu nak luahkan macam mana plus kita tak tahu nak buat macam mana plus kita rasa banyak benda datang macam peluru machine gun yang tengah menembak isi2 perutnya ialah dengan cara yang paling berkesan iaitu menangis...

nak nangis kuat-kuat...huhuhu

tapi cara yang paling betul ialah dengan ZIKRULLAH menyerahkan segalanya kepada YANG ESA
menyerah disini bukan bererti kita kalah dan bukankah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang..:)
penyerahan disini ialah penggantungan kita kepada-NYA
hanya DIA yang TAHU SEGALANYA...

terkesan dgn video terbaru matlutfi

matlutfi :tapi aku tak boleh hidup sorang macam ni

kawan dia : memeang tak boleh.selagi kau tak bergantung kepada yang tak mati

moga ALLAH reda...ameen

Saturday, October 29, 2011

fRiEnDs aNd fRiEnDsHip


ASSALAMUALAIKUM

Words begin with A... B... C... Numbers begin with 1... 2... 3... Music begins with do... re... mi... But friendship begins with you & me

Great relationships are not necessarily about finding Similarities it is more about RESPECTING Differences

Hundred words does not give pain But a true friend silence makes more tears in heart

Sometimes silences not mean we DON'T CARE but we give SPACE to be alone


Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity

Hold a true friend with both your hands

Promise me you'll never forget me because if I thought you would I'd never leave

True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost.

With clothes the new are best, with friends the old are best.

Yesterday brought the beginning, tomorrow brings the end but somewhere in the middle we've become the best of friends

A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words

A hug is worth a thousand words. A friend is worth more


copy from here,here and here

Sunday, September 25, 2011

iDaMaN hAti


assalamualaikum
selamat hari ahad..
esok dah hari isnin...kelas start..kena jumpa supervisor untuk bincang tentang projek akhir tahun.
dah tua rupenye aku
dah masuk tahun akhir
tahun depan grad...insyaALLAH..ameen
doakan ye..^^

tajuk entry kali ni semacam je kan

"idaman hati"
sesuatu yang menjadi dambaan sanubari ini...
perghhh ayat.....hehehehe

benda yang menjadi dambaan hati ini ialah...jeng..jeng...jeng

III
III
III
IIIIIIIIII
IIIIIII
IIII
III
I

buku ustaz Hasrizal Abdul Jamil
aku mula2 baca buku dalam blog beliau iaitu saifulislam.com
aku sangat sukakan buku-buku beliau tetapi aku lebih meminati genre travelog tarbiah
genre ni lebih menceritakan tentang perjalanan yang memberi pengajaran
dan perjalanan beliau dibukukan untuk memberi sesuatu kepada yang membacanya
tagline beliau "erti hidup pada memberi" mempunyai signifikan dalam penulisan beliau
bak kata pensyarah aku dalam satu forum ilmiah

"penulis memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman untuk membuat buku dan kita memerlukan mungkin 2 hari untuk mendapat pengalaman tersebut"

jadi benarlah bahawa MEMBACA JAMBATAN ILMU
Rasulullah s.a.w pun diajar surah Al-alaq semasa menerima wahyu dari ALLAH melalui malaikat Jibril.
diawal ayat Surah Al-alaq telah menyuruh kita semua MEMBACA...


so jadikan budaya membaca itu budaya kita....^^
p/s:buku yang menjadi idaman hati....

Friday, September 23, 2011

(^___________________^)

Assalamualaikum

dah lama tak bersiaran
tangan ni memang nak tulis something tapi tah la
apabila ia ingin menari papan kekunci
umpama langkah sumbang ...bunga hilang rima
hehehe..bermadah pujangga pulak dipagi hari...[^^]"
aku memang banyak hobi

salah satu darinya ialah..jeng..jeng..jeng
ambik gambar dan edit
macam photographer gitu
suka tengok gambar kahwin
sebab gambar tu cantik
kena dengan sudut dan olahan warna

minat ni berputik time tengok abang aku bawak balik DSLR
ambik gambar lawa je
tengok orang pegang DSLR tu cam stylo je
harga dia pun STYLO..hehehehe

bagi aku nak ambik gambar dan edit gambar ni
kita kena kreatif
cuba something yang baru
dan aku yang masih berhingus hijau(ayat cikgu sejarah aku) lagi ni
lagi lah perlu banyak ber"experiment"
ni lah hasil yang masih mentah
cuma guna PHOTO SKYPE je...enjoy..













p/s: gambar ni diambik oleh orang2 y berbeza..yay
lupa plak..ehehehe...SALAM SYAWAL SEMUA
maaf atas segala kekilafan..

Tuesday, August 9, 2011

qUOtes .......from HloVaTe.


assalamualaikum

salam ramadhan semua


hari ni nak tulis tentang kata-kata yang "cambest" from hlovate dalam novel terbaru beliau CONTENGAN JALANAN.

kata-kata dalam buku ni best...
ni dia!!!!

Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak kemana.

Kena merancang masa depan kalau nak senang.Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat.

Kalau ada kemahuan dan usaha , halangan tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.

Hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia.

Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza.Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.

Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata.

Sunggguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata.

Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan.

Perasaan apabila terjaga daripada mimpi, itu namanya realiti.

Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.

Benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja.Hati baru nak bnagkit kena siram dengan apa?

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.

Living here for the hereafter.

Never assume.Ask

Never imitate.Create.

Complex questions only can be solved by patience.

Act dumb.You’ll learn more.

Talking is nothing.Doing is something.

Life is full of answers waiting to be discovered.

When you think you’re it bad, others’ve had it worse.

aku tulis sikit je..nak tau lebih belilah buku CONTENGAN JALANAN

aku bukan nak promote..

tapi memang buku-buku Hlovate ni best.

Semua buku-buku beliau menceritakan tentang watak-watak yang kadang kala sangat dekat dengan kita atau macam diri kita sendiri berubah menjadi lebih baik..


mungkin korang semua tak faham apa yang aku kata.

aku pun pening dengan apa yang aku kata..hehehe

so kalau nak faham...bacalah...NEVER ASSUME..READ

---------------------------------STOP---------------------------------------

assalamualaikum

Wednesday, August 3, 2011

PiZZa....hIDaNGaN bErbUkA pUAsA







Bahan-bahan

Bahan-bahan membuat doh

gandum(ikut suka hati)-ikut keanjalan

1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh yeast


sebiji telur

Bahan-bahan membuat inti


sosej
daging burger
sos pasta
keju
lada benggala

*apa2 sahaja yang anda suka


cara pembuatan doh


  1. bancuh yeast dengan air suam.Jangan guna air panas.

  2. gaul gandum bengan air bancuhan yeast,garam dan telur
  3. masukkan air jika bancuhan tepung terlalu keras

  4. canaikan doh
  5. letak atas tempat pizza atau apa2 je.(saya guna talam dan tudung periuk je)
  6. biarkan doh naik
cara membuat inti
  1. potong sosej,daging burger,lada benggala

  2. gaul semua yang dipotong dengan sos pasta.Tinggalkan seketika(sekejap je)

  3. sapu sos pasta di atas doh
  4. masukkan bahan2 yang bercampur sos pasta ke atas doh
  5. taburkan keju
sedia untuk dimasukkan dalam oven

sebelum masak

selepas masak



SELAMAT MENCUBA

Monday, August 1, 2011

JerNiH YaNG TeRPuJi



Assalamualaikum

entry kali ni tentang anak saudara aku yang pertama
sebagai che' de a.k.a makcik dia sangat teruja
biasa la...anak saudara pertama..hehehe


ALHAMDULILLAH....

syukur kepada-MU ya ALLAH
Tanggal 19/7/2011
telah lahir seorang mujahid kecil yang diberi nama oleh ayah dan ibunya
Muhammad Safuan Bin Mohd Sabri
Pada pukul 6.35 petang
dengan berat 3.28 Kg
kehadiranmu cukup dinanti sekalian keluarga

Safuan sangat comel
mata persis ayahnya
mulut persis ibunya
sememangnya bayi yang baru lahir itu tiada dosa
melihatmu aku jatuh sayang

moga lahirmu sebagai seorang pahlawan islam
membawa al-quran dan hadis sebagai pegangan
Rasulullah menjadi ikutan
ALLAH sebagai TUHAN YANG ESA...ameen



jom tengok gambar safuan ni jap


ni hari kedua safuan melihat dunia ALLAH
time ni safuan duduk hospital sebab demam kuning


yang ni pun hari kedua
tengok mata dia...
sepet kan..hehehe

safuan ni putih melepak
siap ada lesung pipit lagi
kalau tak silap dua2 belah dia ada
kanan dalam kiri tak dalam


ni hari ketujuh
tengah tidur macam2 ekspresi muka ada
makcik dia apa lagi
ambik phone n snap the photo la..
hehehe


ni time senyum
tapi aritu tak sempat nak ambik masa nampak lesung pipit
nanti dah besar ambik banyak2 gambar yang ada lesung pipit
hehehe
insyaALLAH





..........................................................................................................................................................................

sampai sini la dulu
lain kali sambung entry waktu dah besar
andai diberi kesempatan oleh-NYA
insyaALLAH

tata
assalamualaikum

SALAM 1 RAMADHAN

Sunday, July 31, 2011

aHLaN ya RAMADHAN


assalamualaikum...

esok kita akan menempuhi bulan ramadhan.
Ramadhan bulan yang penuh rahmat
kita isikan ramadhan dengan perkara2 ibadah
kita kejar pahala solat terawih di bulan ramadhan
dan kejar LAILATUL QADAR di 10 malam terakhir

semoga ALLAH S.W.T merahmati kita semua dengan rahmat-NYA
ameen...

Monday, July 4, 2011

-bEttEr LaTe tHAn nEvEr-



assalamualaikum

senyum...(^_^)

selamat pagi semua kawan-kawan

bak kate omputeh "better late than never"
ape yang baik lambat dari takde ape langsung nih
pada pandangan aku lah
kita ni manusia yang tak sempurna
jadi mesti la banyak kelemahan

so..

jangan katakan TIDAK kepada perubahan
PERUBAHAN kat sini ialah perubahan kearah KEBAIKAN bukan sebaliknya ya kawan-kawan..

contohnya:

"aku dah banyak terpesong,semua ni dah jadi darah daging aku,dah terlambat untuk aku kembali"(ayat dalm tv..ehehe)

tiada erti LAMBAT tu dalam kita BERTAUBAT
PINTU TAUBAT akan terbuka luas sehingga hari kiamat
bak kata HLOVATE dalam novelnya yang terbaru CONTENGAN JALANAN
"orang kata nak buang tatu tu sakit tapi nak buang dosa kat hati lagi perit"
memang tak semudah A B C dan 1 2 3
tapi andai tekad dihati umpama seteguh karang dilautan
insyaALLAH ALLAH akan menolong kita semua

bila aku kata better late than never
jangan la anda-anda semua nak tunggu tua baru nak bertaubat
sebab.......
hidup kita ni tak tahu sampai kat mana
kita umpama buah kelapa
tua dipetik, muda pun dipetik


so kawan-kawan
renung-renungkan dan selamat beramal(pinjam ayat Dr Izzy)

tata
assalamualaikum

Saturday, July 2, 2011

..wHaT iF..


assalamualaikum

tengok sekali lagi tajuk tu dan tengok sini..ehehe..gurau je

what if atau bahasa malaysianya KALAULAH

kita selalu dengar atau kita sendiri menyebut

KALAULAH ini
KALAULAH aku pilih yang tu
KALAULAH itu

dan 1001 KALAULAH

ianya hanyalah KALAULAH


pada pandangan aku

jika kita hanya memikirkan KALAULAH
kita hanya ditakuk lama
statik-not moving-
pada aku benda yang lepas jangan difikir lagi
kita boleh menoleh kebelakang mencari penyebab kesalahan kita
untuk kita memperbetulkannya semula kesalahan tersebut
bukannya duduk meratap KALAULAH ....KALAULAH...KALAULAH
bak kata abang aku yang sulung(abg yie)
"apa yang terbaik ialah melakukan sesuatu yang terbaik di tempat kita sekarang"

and i'm agree with him

so kawan-kawan
bangkitlah dan pandanglah kehadapan

try our best to make a move
make a move to ourselves
for the tomorrow

layan jap lagu yang memberi semangat

lagu tema imam muda
taking here

Bertajuk: HAMBAMU.


Owh ho..Owh ho…2x

Mawi:

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
terimalah aku
Hamba mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

tata semua..

minna!!
ja mata aishita
oyasumi nasai....

assalamualaikum..
:)

Tuesday, June 14, 2011

TaUTaN DuA JiWa



assalamualaikum...

Minna!!!(awak semua)
Ogenki desu ka? (apa khabar)

sekolah dah start..
so minggu orang kawen pun dah habis..
minggu makan nasi minyak,gulai kawah dah habis
plus minggu sakit belakang krew belakang tabir dan minggu pening kepala makan daging lembu banyak sangat dah pun habissss....

so nak story la skit pasal kawen2 ni coz.......................

tanggal 2/6/2011 hingga 6/6/2011----non stop--
sepupu kahwin
so sebagai orang "dibelakang tabir" ni memang sedikit buzy dan letih la

masa 2/6 sepupu kahwin--kak yu and abg amir
then 3/6/2011 sepupu juga--kak ina and abg amir(org berbeza..jangan korang salah faham individu yang sama plak..hehehe..nama je sama)
then 4/6/2011..sambut menantu (kak yu and abg amir)
and rombongan ke rumah pengantin perempuan(ni sepupu lain pula)-abg pian and kak yani
5/6/2011..persiapan nak sambut menantu sebelah lelaki..Abg pian and kak yani
6/6/2011...majlis sambut menantu..abg pian and kak yani

memang meletihkan
sangat!!!
tapi nak buat macam mana..takkan nak "riba tangan" je tengok majlis
kan majlis kita nanti orang buat macam tu baru tau
Bumi kan BULAT..hehe

after 6/6/2011 memang duk rumah tido puas-puas
memang best la tidur balas dendam tak cukup tidur.hehehe

ni kita usha-usha gambaq skit kati tengok...


kak yu dan abg amir


ni gambar pengantin baru..kak yu and abg amir


kak yu
hasil edit..lawa tak aku edit *perahsantan (sila muntah hijau)



masa ni mesti berdebar-debar
masa akad nikah


abg pian dan kak yani



ni pulak abg pian and kak yani
kak yani time ni nampak garang maybe because of make up
aritu dia datang rumah
sangat cantik
natural beauty




sweet kan mereka
moga berkekalan


macam yang aku kata tadi 3 orang sepupu aku kawen kan
tapi gambar just ada 2 pasangan
masa pengantin lelaki a.k.a suami kak ina mai
aku jadi krew belakang tabir a.k.a tukang lap pinggan mangkuk gelas..hehhe
tu la takde gambar

semoga mereka semua berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat...ameen


jom layan nasyid...

wanita by dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lirik Wanita - Dehearty @ Lirikami

ja mata ashita.(jumpa lagi)

assalamualaikum

Monday, May 16, 2011

sElAmAt hArI gUrU


assalamualaikum

hari tu entry pasal hari ibu
hari ni pasal hari guru pula ye
dua-dua nya berkait
ibuku juga merupakan guruku dari kecik sampai besar
walaupun hanya seorang suri rumah sepenuh masa tetapi beliaulah guruku dirumah

dan bila dah masuk Pasti(macam tadika jugak la) baru la ada cikgu formal
masa kat Pasti belajar doa-doa, alif ba ta, satu dua tiga, A B C
cikgu yang ajar x silap namanya ustazah za,ustazah ta (maaf le kalau silap)

then masuk sekolah rendah
masa sekolah rendah aku senyap skit
so tak banyak la kenangannya
yang ingat masa sekolah rendah ada cikgu nama cikgu razak
sangat garang bagi kami
kalau dia lalu kat tepi kelas semua senyap
biasa la budak-budak
tengok cikgu bawak rotan dengan muka garang terus senyap
muka sorang-sorang pucat.hehehe
then masa darjah 6 duk kelas no 2
cikgu kelas namanya cikgu ramlan
sangat baik dan rajin
dia rajin hias kelas kami dan dia sangatlah kreatif

then masuk sekolah menengah
masa form 1-3 aku pun tak banyak cakap
masuk form 4-5 baru la banyak cakap
kat sekolah ni pun ade cikgu garang/disiplin
namanya cikgu mohd noor
memang garang
tapi baik je
tapi aku still takut dengan dia.hehehe
masa form 5 yang paling best bagi aku
cikgu addmath-cikgu fatimah hussin
ramai yang kata dia garang
masa form4 semua takut dengan dia
masuk form5 dia ajar lagi addmath
tak garang pun
maybe dah sebati dengan kami kot
tapi dia baik dan comel
masa form 5 kami boleh berlawak lagi dengan dia
sangat best cikgu ni
yang jadi kenangan ialah time kena denda "jut telinga"
yang pegang telinga dan berdiri duduk berdiri duduk tu
biasanya yang tak lulus addmath la yang kena
aku selalu tak lulus,so selalu kena denda la
memang aku tak pandai la addmath ni
tu la aku ambik biologi..hehehe

cikgu bahasa malaysia-cikgu fatimah raja embong
kelakar.hehehe
dan suka bagi karangan
tapi budak lelaki malas buat,aku kadang-kadang terlupa gak..hehehe..maaf cikgu
so ape lagi kena dengar leteran cikgu la
tapi kami tahu yang cikgu berleter untuk kebaikan kami semua

cikgu kimia-cikgu muslimah
dia tak garang tapi tegas
aku suka dia ajar
sangat faham
time exam kalau dia jaga semua budak lelaki tak suka coz takleh tiru
macam2 la diorang tu

cikgu biology-cikgu manzul
sangat sempoi dia ajar
dia selalu buat lawak time ajar tapi aku suka
dalam lawak dia tu ada isi(ilmu)
so xde la stress ke hape ke belajar biology
tapi dia dah pindah sekolah
masa pergi sekolah hari tu cikgu lain bagitau yang dia dah pindah
tak leh jumpa dah la

cikgu fizik-cikgu ramlah
mak kami a.k.a guru kelas
sangat pengasih
memang macam mak la
suka bagi nasihat dan semangat

cikgu sejarah-cikgu hasin
suka cikgu ni
lawak
masa dia ajar asyik tergelak je
xde la ngantuk tapi pernah satu hari tu aku tertidur
ngantuk sangat
tak tahu nape..ehehe..maaf cikgu

cikgubahasa inggeris-teacher rumaizah
sangat comel
suka dia ajar
faham dan menarik teknik yang diajar
best la

agama islam-cikgu fatimah mat amin
sangat lembut orangnya
best dia ajar
sangat best
tak tipu oo

cikgu modern math-cikgu azam
cikgu ni sangat baik
tapi ramai yang kata dia ajar slow dan tak faham
tapi aku faham dia ajar
suka la dia ajar
mod math aku A1 tu...bangga la sangat tapi addmath C5 buat malu je.jauh perbezaannya

masa kat matrik
tak rapat sangat dengan lecturer macam kat sekolah la
tapi mereka semua baik2
sangat best belajar dengan mereka2
ada certain nama tak ingat..maaf encik,puan,cik
tapi muka ingat..btoll!!

sekarang ni kat universiti pula..
ceritanya ongoing..ehee
jangan marah

so pape pon memang terhutang budi la dengan mereka2 semua
kerana telah memberi ilmu kepadaku

beli kain di kedai payang
pergi membeli bersama nyonya
kepada semua cikgu yang saya sayang
tak terbalas jasamu dulu kini dan selamanya..


^^

bye


assalamualaikum........


Tuesday, May 10, 2011

KaULaH RaTuKu


assalamualaikum

walaupun dah terlambat tapi still nak ucap kat semua ibu di dunia ini dan especially to my mum.
happy mother's day
i love you mum..muahmuah

hari ibu 8/5 kan...hari jadi mak aku 6/5
so aku takkan lupa tarikh tu

ya ALLAH..
kau sayangilah dan kasihkanlah ibu bapaku
sebagaimana mereka sayang dan kasih kepadaku sewaktu kecil
ameen

ketahuilah bahawasanya ibu kita hanya satu
tiada yang kedua

bagi aku ibu tu macam kawan rapat,kekasih,motivator dan macam-macam lagi lah
its hard to explain but i love her more than numbers exist in this world---infinity--

I LOVE YOU MUM.....(^^)


Saturday, April 16, 2011

MinnA....Ganbatte ne!!!!


assalamualaikum


post ni ditujukan khas untuk kawan2 sekalian..

selamat maju jaya
selamat menempuh final exam
selamat mengulangkaji saat akhir

moga ALLAH reda dengan usaha kita
Usaha + tawakkal = insyaALLAH berjaya..ameen

All the best my nakama's sayang

may ALLAH bless all of us..ameen

tata

assalamualaikum

Friday, April 15, 2011

AKU....sejenak tentang JEPUN

Assalamualaikum

hahaha...korang baca tajuk entri ni macam aku study kat Jepun erk...

LAWAK tak...moga LAWAK ni jadi KENYATAAN.ameen


SESENGGUHNYA AKU HANYA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI MALAYSIA.

memang hasrat hati ni nak sangat-sangat study kat jepun.

tak tahu kenapa..

maybe banyak baca blog bebudak Malaysia yang study kat sana kot.

aku tertarik dengan cerita-cerita mereka dan aku ingin sekali merasai sendiri pengalaman tu.

Dengan masyarakat yang bagus..positif menghadapi sesuatu + tak berputus asa..
kalau nak faham apa yang aku merepu (merepek + merapu) ..sila baca kat *SINI dan diSINI.

sangat-sangat mengagumkan sikap mereka..
patutlah ada yang mengelarkan Jepun bumi islam tanpa mukmin.
maksudnya sikap mereka yang menghormati tetamu (baca kat sini) , pembersih , rajin dan sebagainya.
dan bagi yang memeluk islam pastinya mereka lagi bagus adri sebelumnya.kan...
untuk pemahaman lanjut sila klik link kat atas tu ye..yang ada tanda *SINI
maaf tentang tahap kemalasan ini..(--")

tak dapat disangkal ada juga yang negatifnya seperti lambakan cerita-cerita dan artis-artis "TUT" dan lain-lain lagi.(aku tak tahu sangat pasal Jepun so aku cerita ni sekadar pembacaan dari blog-blog mereka yang pernah menjejakkan kaki ke tanah sakura tu.

Dan

aku peminat cerita-cerita jepun dan komik-komiknya..

cerita Jepun ni best sebab
  1. best...:)
  2. bukan semua cerita tentang contohnya gokusen dan mop girl..Walaupun ceritanya mengarut tapi kta jangan ambik part yang mengarut tu.kita ambik nilai positif dalam cerita tu.Jangan tanya aku apa nilai positifnya sebab aku malas nak cerita.(malas kan aku).so korang cari la sendiri cerita tu dan tengok..ahaks
  3. dan kalau komik-komik yang bercerita tentang medic for example memang ceritanya takde tipu-tipu tapi tak se"expert" doktor la.Ini menunjukkan yang mereka melakukan pembacaan sebelum menulis sesuatu komik tu.
tengok banyak pulak aku melalut..haish...


dan

aku suka bunga sakura.
sangat jeles tengok mereka-mereka yang belajar ke sana bergambar dibawah pokok sakura.
JELES...ahaks.


ok lah kawan-kawan.
nanti bila dah rajin aku akan buat entri pasal pensyarah yang mengajar aku.
Beliau seorang jepun muslim.
Pure jepun
sangat baik tapi nanti-nanti la ye
sekarang ni nak mentelaah nota-nota beliau.

EXAM dah dekat nak oii...
study!!!

Minasan!!!
Bengkyoshimasho!!!!!

bye
assalamualaikum

Tuesday, March 29, 2011

Jom Tengok Baby Yang comel

assalamualaikum

entry ni saje2 je..
rehatkan mata
tengok baby2 yang comel
baby ni semua comel sebab takde dosa lagi
kan...




baby ni baru bangun tido..cumel..geram2


baby ni duk berposing baik punya...alahai..rasa cam nak cubit je


cak!!..cumel nye..main nyorok2 plak ye


baby ni nak gi jalan2 kat taman dengan parents dia...baju lawa + baby comel= geram tengok.


baby ni nak marah sebab korang ambik mainan dia..cepat bagi balik!!


bangun tido kerus orang ambik gambar..terkejut saya tau
besar mata dia
comel2


ok ow..sori tak sengaja..
alahai..comel la
geram nengoknye...


done..
suke tengok budak-budak
geram rasa cam nak cubit.
ehehe

babai
assalamualaikum


Monday, March 28, 2011

ReHaT SeKeTiKa..LayaN BloG


assalamualaikum

rehat sat...
exercise skit..pusing kawan pusing kiri..goyangkan kepala anda
hahaha

kenapa saya buat senaman ringan ni
sebab saya sangat letih duk mengadap cik laptop yang comel ni

banyak kerja yang tak siap lagi ni..
asignment + lab report + baca tuk test

sedikit pening...(@@)
cumel tengok baby yang nie.

tengok pegang kepala(pening) tapi cam comel je..ehehe


OK!!!!!
buat kerja wahai permata...

tata..
assalamualaikum

Thursday, March 17, 2011

aLHaMDuLiLLaH.^^

cumel kan baby ni..x sabar nak dapat anak sedare..insyaALLAH

assalamualaikum..

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah

sangat bersyukur kepada-NYA
DIA sebaik-baik PENENTU
kita sebagai hamba hanya boleh merencana...DIA yang menentukan segalanya

pernah tak dengar/dapat mesej yang berbunyi

when ALLAH takes away something from ypur hands
dont thinks HE not care about you
but
HE empty your hand
for receive something better

Dia maha mengetahui tentang segalanya

hari ni aku test jpj
test kereta dan motor
test motor tu kali pertama tapi test kereta tu second test sebab tak lulus..ehehe

ALHAMDULILLAH...dipermudahkan oleh-NYA

masa first test=test kereta tu
kan gagal
memang terasa frust
maybe sebab penat duk buat latihan + panas +kena bayar untuk test kedua (RM60 tu..boleh makan untuk seminggu bagi student macam aku)

tapi ALHAMDULILLAH dengan nasihat + kata2 semangat ibuku (luv u mom.), kawan2 n semua
aku bangkit dari kesilapan itu(pergh...macam ayat novel ..opss..terlebih sudah)

BERBAIK SANGKA dengan ketentuan ALLAH
kerana DIA maha mengetahui

aku tanamkan kata-kata tu...sebab kita sebagai hamba tidak mempunyai daya upaya
hanya kepada-NYA tempat segala PERGANTUNGAN selepas BERUSAHA.
(jangan tak usaha tapi nak berjaya..tu salah tu)

lepas je lulus test tu
terus rasa macam hilang penat latihan dan penat2 yang lainnya
rasa lega yang amat..ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH juga dapat En JPJ yang baik

kepada nakamaku anis

gambatsute ne...moga berjaya untuk test jpj
ameen

layan jap lagu oleh kumpulan nasyid Hijjaz..best lagu ni

Yang Maha Penyayang

Album : Kompilasi Hijjaz
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lihat bulan dan bintang
Menerangi dunia
Betapa agung kerajaan-Nya
Lihat pula lah hutan
Sang suria di atasnya
Semua akur pada Yang Esa

Umpama kan sang unggas
Di rimba belantara
Begitulah bandingannya kita
Sungguh kerdilnya insan
Yang diciptakan Tuhan
Ternyatalah Agung Ar -Rahman

Besar niat bahaya
Kita tempuhi jua
Segala perintah-Nya kita laksana
Jauhkan larangan-Nya
Sembunyi atau nyata
Semua untuk faedah kita
Ikhlas kan pada hati
Amal kerna Ilahi
Teguhkan dalam diri kalam Rabbani
Pesanan dari Nabi jadi panduan diri
Hidup dan mati untuk Ilahi

Tiada perkataan layak buat bayangan
Terima kasih pada-Mu Tuhan
Tak terhitung kurniaan
Biara dakwat selautan
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang

sampai sini dulu...berundur dulu
ASSALAMUALAIKUM

Sunday, March 13, 2011

Bisakah aku menjadi AL-FATEH


assalamualaikum
nak beli buku ni!!


tadi pergi ceramah anjuran KARNIVAL ANAK MUDA (KAMU)
tajuknye "bisakah aku menjadi AL-FATEH"
oleh penulis buku "kuasa kepimpinan AL-FATEH"
Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman

sangat best ceramah tadi
mengupas bagaimana anak muda yang berumur 22 tahun membuktikan hadis RASULULLAH S.A.W

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit Khadaq:"...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

sumber dan cerita :ambik kat sini

PENGENALAN

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mar 1432 Masihi di Adrianapolis(sempadan Turki-Bulgaria). Wlau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah di sebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam hadis tadi. Baginda juga di beri gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli falsafah sejarah berpendapat Baginda mangkat kerana di racun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda di ajar tentang tektik peperangan, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ylung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, latin, greek, Serbia, Turki, Parsi dan Herbew.

Di dalam bidang ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda, Sultan Murad 2, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri. Semasa membina benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.


Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Bginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenalpasti titik kelemahannya. Baginda juga mnegkaji sebab-sebab kegagalan kempenkempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang yang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Contantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah di bina oleh Sultan Bayazid Tildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia, dan HUngary untuk memencilkan Constantinople apabila di serang nanti.

Baginda membawa para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantina gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ia menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk mengahalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

MELANCARKAN KAPAL PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokkan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian di luncurkan semula ke perairan teluk Golden Horn. tektik ini dikatakan sebagai tektik peperangan terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. petahanan Byzantin menjadi semakin rapuh. Bginda mengambil kesempatan pada malanya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingtkan mereka kepada Hadis rasulullah s.a.w. dan bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING KOTA

Keesokkan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat diding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam di teruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. pda saat genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, " Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, Sesiapa yang mahu syahid ikutilah aku!".

Mendengar itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera banginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka semuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh.Kemudian tentera-tentera islam menyerbu betali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWAN CONSTANTINOPLE

Pada 29 mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. baginda menukar namanya kepaa Istanbul (Islam keseluruhan). Gereja Besar St. Sophies di tukar kepada masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah di dahinya dan melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa ini lah baginda di beri gelaran Al-Fateh iaitu menang kerana kejayaanya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada pertama kali solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu sekali sila duduk!". Tiada seorang pun diantara mereka yang duduk kerana tidak ada di antara mereka yang meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, " Siapa di antara kamu sejak kecil hingga kini pernah meninggalkan solat tahujjud walaupun satu malam, sila duduk!". kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali.Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Hadisnya.

terima kasih PMI + AJK2 KAMU + Ust Syaari
membuka minda anak muda ini
terima kasih ya ALLAH
membuka hati hamba yang kerdil ini untuk ke ceramah tersebut..alhamdulillah

sekian dulu...jumpa lagi..insyaALLAH

assalamualaikum



Saturday, March 12, 2011

berjuang itu pahit kerana syurga itu manis

assalamualaikum

duk dengaq lagu nasyid...sunnah orang berjuang
best lagu dia..kata-kata dan maksud dia sampai
ni liriknya..

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib perintih sayu
Dihiris serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

memang ayat dia power la

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis

amat betul
memang pahit perjuangan itu
kerana pulangannya amat manis

aku hanya insan yang biasa..
tak sampai lagi taraf orang2 yang berjuang seperti orang2 yang terdahulu
sangat kerdil aku ini
tapi aku cuba

dengan perjuangan yang kecil ini
berjuang dengan nafsu
bukankah diri kita dulu perlu di"repair"
untuk menjadikan perjuangan akan datang lebih telus

berjuang dengan stigma orang sekeliling
kuatkan hati dengan pandangan orang sekeliling
buat tak tahu je tengok orang sekeliling tengok pelik kat kaki kita
bukannya tak pakai kasut @ selipar
cuma pakai stoking menutup kaki...
umpama melihat bom di kaki gamaknya..

ya ALLAH
tetapkanlah hatiku di atas jalan-MU
berikakanku kekuatan...

ameen

p/s: ayat berterabur skit..harap dimaafkan