Saturday, March 12, 2011

berjuang itu pahit kerana syurga itu manis

assalamualaikum

duk dengaq lagu nasyid...sunnah orang berjuang
best lagu dia..kata-kata dan maksud dia sampai
ni liriknya..

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib perintih sayu
Dihiris serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

memang ayat dia power la

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis

amat betul
memang pahit perjuangan itu
kerana pulangannya amat manis

aku hanya insan yang biasa..
tak sampai lagi taraf orang2 yang berjuang seperti orang2 yang terdahulu
sangat kerdil aku ini
tapi aku cuba

dengan perjuangan yang kecil ini
berjuang dengan nafsu
bukankah diri kita dulu perlu di"repair"
untuk menjadikan perjuangan akan datang lebih telus

berjuang dengan stigma orang sekeliling
kuatkan hati dengan pandangan orang sekeliling
buat tak tahu je tengok orang sekeliling tengok pelik kat kaki kita
bukannya tak pakai kasut @ selipar
cuma pakai stoking menutup kaki...
umpama melihat bom di kaki gamaknya..

ya ALLAH
tetapkanlah hatiku di atas jalan-MU
berikakanku kekuatan...

ameen

p/s: ayat berterabur skit..harap dimaafkan

No comments:

Post a Comment