Saturday, December 15, 2012

Konvokesyen punya cerita

assalamualaikum

aduhai...malas sungguh nak tempek entry baru
nak kata kena kerja , duk rumah tanam tembikai je (erk, bukan anggur ke)..hehe..
okeh2
nak cerita tentang convo ni

pada 21/9/2012 kami2 melabuhkan tirai kami sebagai pelajar ijazah di USM ter-chenta ini
yang memang "best" nye, kami2 kumpulan agrobiology merupakan kumpulan pertama yang menaiki pentas
dan yang paling syok dia ikut abjak.A -> B -> C and so on
dan kawan aku ni nama dia bermula dengan A maka dia merupakan pelajar pertama edisi 6 (kalau tak silap..hehe lupa pulak..maaf..-tunduk- ) yang akan menaiki pentas
memang nervous tahap pari2 la habaq hang (keluar utara plak..hihi)
malam sebelum hari konvokesyen  nak dijadikan cerita, kami2 telah dimarahi penggawa (pensyarah yang menjaga asrama) sebab kami pendatang haram
kami menginap di surau salah satu asrama dalam USM sebab asrama tu dekat dengan DTSP (dewan upacara konvokesyen yang akan diadakan)
bukan kami sahaja yang menginap disitu
ramai pelajar dan ada ibu bapa yang menginap disitu juga
pada malam kejadian, dalam pukul 1.00 pagi tak silap aku, waktu tu kami semua dah tidur sebab esoknya nak bangun awal untuk majlis konvokesyen
aku terjaga dengan mata separuh terbuka sebab terdengar bunyi bising
aku nampak seorang wanita bercekak pinggang dan memarahi kami semua
lepas tu aku pun ambik handset nak tengok pukul berapa dalam keadaan yang masih mamai
lepas tu aku sambung tidur -sebab mamai + ingatkan mimpi-..hahaha..lawak tak
bila aku pejam je mata tu terdengar suara wanita yang menyuruh aku bangun dan jangan bersikap biadap (dengan tidur dan tidak mempedulikan dia)
sesungguhnya aku langsung tak berniat nak biadap sebab aku masih mamai lagi waktu tu
bila dah kurang mamai tu aku tak ingat aku duduk @ terbaring sambil mendengar leteran penggawa tadi
beliau berkata, dia menerima satu aduan daripada jabatan keselamatan menyatakan asrama yang dijaganya itu boleh dimasuki oleh sesiapa saja tanpa pengawasan
bagi aku sememangnya salah kami masuk tanpa kebenaran tapi selama ini aku tengok senior2 lain buat macam tu juga
aku merasakan ada yang membuat aduan tentang semua ini
tapi agak2 la
kami  pelajar dan tidak bekerja
mana nak cekau duit nak menginap kat sekitar USM ni
tambahan pula kena datang awal sebab nak ambik jubah
kami juga pada waktu tu masih pelajar USM -sebab tak konvo lagi-
lepas kena marah tu kami sambung tidur dan buat macam ini semua mimpi
pagi nya bersiap2 nak ke DTSP sambil bercerita pasal semalam punya cerita..
memang nervous la naik pentas tu + topi nak jatuh
jadi gambar yang keluar - senyum + topi sipi2 nak jatuh(nasib baik pin)-
malu memang malu tapi buat2 selamba je..senyummmmm je-
yang sedihnya
mak aku tak sempat tengok sebab masuk lambat + kumpulan aku awal
sedih tau..huhuhu..dah la gambar yang dapat tak cantik
sedikit frust disitu..hahaha
tapi benda dah jadi, nak buat macam mana kan...hehehe
adus..letih la duk cerita panjang2
jom tengok gambar pula

BIAR GAMBAR BERBICARA


gambar keluarga.kurang sorang adik sebab tak dapat datang
gambar ni lawak sebab anak2 duk depan mak n ayah duk belakang
memang anak2 hantu gambo btol la..aduih..(geleng2)
yang ambik gambar tak bagitau kedudukan mak n ayah kat belakang, yang bergambar ambik tempat masing2 tak toleh kiri kanan dah

gambar ni se-pesen- je muka
semua muka hepi
lawak2.^^

mak aku kata macam ambik gambar dengan anak je
lawak la
memang anak pun..anak sedara
aku perasan ade kos lain tengok semacam je
hahaha
-not available eh.kikiki-

me with fresh peach roses
abg ki yang bagi..
suka2..^^

dengan sepupu cum junior
tak faham nape muka aku macam tu
macam berat sangat je bunga tu kan
hahaha
-2 tona lebih cerah (dari kanan ke kiri)..hahaha-

dengan junior
pertama kali jumpa kat library
ukhuwah terjalin sampai sekarang
baik + comel je..hehe

lagi junior
tak ingat bila ketemu dan ramah mesra
sangat baik n comel + ramah

safuan teruja masuk dalam pameran yang dijalankan oleh pelajar sains kesihatan dari USM kesihatan (kubang kerian)

keterujaan terserlah
aduii (geleng2)


ha...dah habis gambar
maka sampai penghujung entry kali ini
insyaALLAH jumpa lain kali ya

Assalamualaikum..^^

Thursday, October 4, 2012

pRe-cONVo

Assalamualaikum wbt


gambar yang dah diedit...^^

sihat semua?
semoga sihat semua hendaknya dan sentiasa dalam reda ALLAH
ameen

hokeh..hokeh
jom kita cerita tentang cerita yang menarik tertarik kau memang da BOMB ni

kami2 semua bergraduasi pada 21/9/2012
mengambil jubah graduasi pada 16/9/2012
rehearsal 18/9/2012
so, kami2 semua berpakat nak datang awal untuk berjimba-jimba (perkataan budak2 uni aku utk mengantikan enjoy)..hehehehe
maka,aku pun datang pada 15/9/2012..sampai pagi ke Pulau Pinang
anis sampai tengahari pada hari y sama
ain dan su sampai pagi 16/9/2012

kami menumpang di rumah roommate aku waktu study dolu2.
dia sambung master kat USM
mmg sayang USM ni
(aku pun sayang USM tapi nak buat macam mana, rezeki nak sambung sana takde lagi)
- tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula medan menberi..^^

selepas mengambil jubah
kami berhasrat nak bergambar bagai la
kira2 nak buat pre convo tapi
hujan rahmat turun mencurah2
maka
kami cancel plan A dan buat plan B
bila masa ada plan B tah..hehehe
maka
kami pun pergilah berjalan2 ke QUEENSBAY MALL
hahaha
macam biasa dan tempat biasa

kat sana, kami2 berhasrat nak beli kasut sebab kasut tertutup untuk konvo takde
maka mencari2 lah kami
kasut punya pasal, kawan aku, Ain beli 2 kasut (1 tertutup dan 1 lg sandal)
memang banyak duit la budak tu
time menganggur ni la duk berjimat sebab duit takde
skali dia p tibai dua..memang dasyat la..ahahaha

ha..
sebelum mencari kasut, kami2 pergi main roller blade
bayar rm20
main sampai puas
tapi hari tu tak best sangat sebab TERRRRRLAMMMMPAUUUU ramai orang
terpaksa bersesak2
dan y paling best aku jatuh before duduk berdiri
tak sakit tapi risau
risau kalau tiba2 terseliuh ke apa ke?
tak ke susah nanti nak naik ambil scroll
kalau tak fikirkan tu, aku belasah main je
maka aku dan Su pergi la jalan2 ketempat lain + cari hadiah kenangan utk budak2 ni
(awak2 y baca entry ni..walaupun hadiah tu kecik + tak mahal..tapi ianya ikhlas dari hati kami berdua tau,...hihihi)

hari seterus seterusnya...
plan A, Su nak cari tudung untuk konvo
tiba2
ada call, coursemate aku ajak pergi Bukit Bendera..
jalan2 katanya
then, aku bagi cadangan utk bergambar ala2 pre convo kat bukit bendera
maka diterima cadangan itu..hehehe
bertolaklah kami ke sana

setiba disana


sampai kat sana..oh yeah



masa beli tiket ni..
biasanya org ambik dalam toilet,kami tak..hihihi



dalam train pun sempat lagi..sampai ada arab tu mintak alihkan muka skit sebab dia nak rakam..hihihi
duk depan skali..sangat gayat



atas ni takde orang
tak malu sangat
kami2 je atas ni


cik nora n kak intan
cik nora kita ni yang jadi photographer
dia kata "xpe, korang je la ambik..kami bleh datang lain kali..kami kan org sini"
p/s tQ cik nora-chan..^^



idea nora-chan
sangat cantik..^^




kat dataran
kat sini sangat ramaiiiiiii orang
dan kami2 je yang pakai jubah bagai
sangat malu
tapi buat muka slamber je
ni mula2 step nak pakai jubah
nak kurangkan malu, pakai topi dulu




ni waktu dah nekad
pakai dengan jubah sekali
alang2 dah bawak kan
mesti kena pakai




gambar arah belakang
kami applied science
so pakai jalur hijau kuning


tengah bergambar dengan bunga
tiba2 muka semua terkejut
ada pelancong arab nak bergambar dengan kitorang
wah..femes2
macam artis gitu
dia tengok pelik kot budak2 ni buat photoshoot kat sini
hehehe
gambar dengan dia xsempat disnap guna kamera kami
sebab tergamam
terkelu nak cakap apa
^^


bunga teluki melambai kami
insyaALLAH kami datang lagi..^^


selepas makan2..kami meneruskan misi mencari tudung konvo su
maka kami pun duk bawak la jubah tu merata2
tapi kat sana tak ambik gambar la
kami2 dah letih bergambar
balik rumah sewa faezee
masing2 muka penat yang amat
tapi malam tu sempat lagi duk try tudung su + tengok movie ramai2
korang memang best la
miss all of you so much
hope our friendship will last forever...insyaALLAH..

p/s:kami bergambar macam ape je..sebab dah bayar sewa jubah mahal2 so kena la gunakan dengan sepenuhnya..hehehehe

okey then
bye semua
Assalamualaikum

Wednesday, October 3, 2012

FYP~finale

assalamualaikum wbt.

my  precious brinjal for my FYP.^^

hahahaha..(gelak dulu sebab dah lama tak letak entry baru)
entry lepas menceritakan tentang thesis y dah dihantar
so, selepas 2 bulan...
dapatlah tau keputusan FYP tu
aku, seperti biasa tak boleh nak online sbb kat rumah takde internet
maka, Su pun mesej aku
 "Idah, Su bukak internet ni..nak suruh Su tengok tak result final exam + FYP hari tu"
aku pun menjawab
"hehehe, xpe la su, takut nak hadapi markah FYP tu"
kenapa aku takut?

  • sebab mula2 hantar draft thesis tu ,my supervisor said "your draft is the worst among others . So, rasa konfiden aku waktu tu dah tinggal sikit. Tapi setelah melihat viva , konfiden aku naik skit.hehehe
  • sebab kedua ialah, FYP menangung 8 Unit..8 unit sangat banyak..even kalau dapat B boleh tarik banyak woo...aku sebenarnya ada pengalaman buruk tentang unit2 y banyak ni. Waktu ambik calculus dolu2 yng ber-unit 4 , aku dapat teruk(x reti math)..hehehe...dia punya effect tarik result aku sampai aku dapat 2.5 something (lupa la)..so agak trauma disitu.
tapi..
Su tak berputus asa..(perghh ayat)
Dia tanya lagi dan lagi
dan..
akhirnya 
aku berkata YA dan TOLONG TENGOK RESULT TAPI JANGAN GELAK KALAU DAPAT SIKIT
(sempat lagi pesan tu..hehehe)
beberapa minit kemudian
TAHNIAH..dapat A la FYP
aku terkejut kot tapi sangat bersyukur
ALHAMDULILLAH ya ALLAH atas kurniaan ini
memang tak sangka dapat A
jadi, PNG untuk semester akhir di USM = awesome...ALHAMDULILLAH

terima kasih ALLAH atas kurnian ini
terima kasih supervisor, Prof. Dr. Che Salmah y motherly
terima kasih En Rashdi y ajar mcm2 (cari whitefly,tanam terung, SPSS..etc)
terima kasih examiner y baik hati
terima kasih ibu bapa y bg support dan doa
terima kasih kpd WHITEFLY TEAM y memang DEABAK
terima kasih kawan2 y jadi tempat mengadu dan pembakar semangat (siram dengan petrol lg tu)
terima kasih kakak2 master/phD y sanggup semak data yang tah pape ni
terima kasih semua...^^
jazakallah khairun..

p/s kisah ni dah lama berlaku...sekarang dah jadi graduan usm..ALHAMDULILLAH
entry pre convo.konvo dan post konvo akan menyusul.insyaALLAH..

assalamualaikum...^^

Sunday, July 8, 2012

bila kami hantar thesis

assalamualaikum

cerita ni tentang kami2 budak2 yang dah menjilid thesis dalam proses nak hantar thesis
 rumate aku sampai tak lena tidur sebab nak hantar thesis esoknya
aku dan cik ain cuma resah
resah memikirkan andai ada masalah di peringkat akhir ni
adakah kami mengalami :
obsessive compressive disorder
atau
anxiety disorder
hahaha
dah termasuk tentang psikologi la pulak
almaklumlah..minor aku kan psikology

okeh2
back to the topic
maka..
bermulalah pengembaraan(perjalanan kami menghantar thesis)


sebelum tu makan2 dulu
sebenarnya kami nak makan nasi
tapi kafe tak buka pulak
koperasi je buka
so..kami bedal makan roti + wafer je la...
janji alas perut

theh...kami pun naik bas dalam kampus


sedang berdebarkah?hehehe


go pakcik go..hehe
maka
sampailah kami ditempat yang dituju
kedai jilid menjilid bawah Perpustakaan Hamzah Sendut, USM

muka bangga boleh pegang thesis setelah berpenat lelah menyiapkan

oh yeah...ini thesis saya

eh..bukan kipas eh..ingatkan kipas..hahaha

hantar thesis kat kak Noriah kat pejabat pusat pengajian sains kajihayat


waktu2 sibuk kak noriah..^^
kak noriah sangat baik...:)
after hantar thesis
kami2 bercadang nak keluar bersama2
keluar last sebagai pelajar undergraduate

kami2 menunggu Faezee sebab dia bergambar nak bergambar dengan supervisor dia

sedang menanti faezee 
tunggu punya tunggu 
faezee suruh kami2 pergi dulu
sebab dia lambat katanya..

maka(banyak sugguh makanya)
kami pergi ke sana berempat

bas rapid mana bas rapid..jom bergambar
itu dia bas ..oh yeah

dalam bas pun sempat lagi...hehehe
sampailah kami ke queensbay
 berjalan2lah kami semua

oh.gayat..kena pegang tangan cik su
sampai kami ke kedai material collection
sangat comel arang2 dalam tu

cik su kita...huhu..comel sangat

keliru dengan reaksi muka  cik ain..gembira ke malu??hahaha

dengan tulip..bunga kesukaan..^^
 then..kami ke kedai daiso..kedai rm5
tengok benda2 comel

beli payung lutsinar dari kedai daiso..^^


love..love..love
then..kami pun balik awal sebab cik anis nak beli jeruk kat ummi n ma (nenek) dia

cik ain jeles sebab cik su dengan cik anis @  cik ain konfius tu..hehe

sampai sini je
gambar cik anis beli jeruk lupa nak ambik
letih sangat

tata semua
assalamualaikum





Tuesday, July 3, 2012

Dup Dap Dup Dap..Viva

assalamualaikum dan selamat pagi

hai hai hai semua
bukan lagu dangdut je kawan2
ni lagu heartbeat jantung aku..hehehe

alhamdulillah
ohyeah..:)
dah habis viva untuk Final Year Project (FYP)
apakah itu viva?
viva ialah "viva voce" dari bahasa latin yang bermaksud "with living voice" <-- tanya pakcik wikipedia
so, viva is an oral examination after doing your thesis
you need to present your project/experiment/research to your examiner/s, your supervisor and other lectures

alhamdulillah hi rabbila'lamin (segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam)
aku dah habis viva pagi tadi
malam sebelumnya
sangat cuak
sampaikan tidur pun sekejap je + waktu nak tidur tu duk hafal lagi ape yang nak di bentangkan + bleh dengar degupan jantung yang berdegup macam etlit lari 100m
sangat mencuakkan
waktu pagi sebelum viva
cuak yang semakin ketara
makan roti pun separuh je sebab rasa macam nak muntah
pergi tandas banyak kali
sampaikan masa nak masuk tu terasa seram sejuk
alhamdulillah tadi cik ain kita tolong bagi semangat + pegang tangan yang semakin membeku (sebab takut)
terima kasih ain.^^
alhamdulillah ALLAH makbulkan doa minta permudahkan segalanya
dan alhamdulillah sebab dekan pusat pengajian (aku takut dengan dia) + lecturer yang suka tanya banyak keluar masa aku nak present
jadi soalan soalan yang ditujukan tidak terlalu mengancam
alhamdulillah juga dapat supervisor yang backup + examiner yang baik..lembut je soalan dia tanya
alhamdulillah
masa nak present tu memang tak tahu nak kata apa
tapi masa present + berdiri kat depan tu
tak rasa cuak + smooth je walaupun banyak yang merapu meraban..alhamdulillah
bila habis je
terasa amat lega
selega leganya
alhamdulillah
terima kasih ya ALLAH
teringat kata2 mak aku
"kita berserah kepada ALLAH .Kepada DIA tempat kita bergantung harap setelah segala usaha kita buat"
^^
ALLAH ITU MAHA MENDENGAR SETIAP RINTIHAN + DOA HAMBA HAMBANYA
ALLAHUAKBAR..ALHAMDULILLAH


Sunday, June 24, 2012

i am muslim...alhamdulillah..^^

Assalamualaikum


I am Muslim and i am proud to be Muslim..Alhamdulillah.

tak tahu

assalamualaikum..
kawan2 semua

pening dengan blog ni
kenapa kat draf elok je...bila publish tak teratur...adeh2
kena geledah ape yang patut ni
hahaha

tu je
bye
assalamualaikum

Wednesday, June 6, 2012

KAMERA ---> pheromone

assalamualaikum semua.^^'


kamera idaman
tajuk entry kali ni cam berbaur sains kan.hehe..tahukah anda apakah itu pheromone?
pheromone is a chemical substance produced and released into the environment by an animal. This pheromone were use as an social interaction.<-- cari kat pakcik google.hehehe


bg aku pheromone tu macam daya penarik..
sebab tu aku kata kamera tu pheromone
korang faham x?..mesti pening kan ape y aku kata ni
cakap berbelit2
hehehe
gomenasai minna..^^
camni...nk buat situasi nih


situasi 1
dalam kelas.semua student duk bising2
macam2 cerita la y timbul
orang kahwin la
orang nak kahwin la
test la
exam la
macam2 ada
 then tiba2 seorang student tu bwk keluar kamera dia n berdiri tengah2 kelas nk nk ambik gambar..
pelajar tu pun bersuara.1,2,3
semua senyap n senyum
so kamera nih bleh buat kelas y bising tetiba senyap..
hehehe


situasi 2
kelas last untuk sem ni
semua nkk bergambar dengan kawan n pensyarah
dalm asyik bergambar n bergelak ketawa tuh
ada la sorang pelajar nak bergambar dgn pensyarah dia (gambar sorang2)
macam ni


xde gambar 22..so kena crop camni la walaupun x sama..buat2 x nampak la ye kawan
^^
tiba2
datang segerombolan pelajar yang tadinya duduk bersembang menyerbu student+lecturer tadi
so..kamera tu menarik kwn2 yang lain untuk menyertai mereka2 nih
okeh..ada paham semua??
hehehe
kadang2 aku terfikir yang kamera ni boleh menjadi alat...
nak bagi kelas yang bising senyap (para guru boleh mengaplikasikan teori ni)
tapi bertahan sekejap je la
after bergamba ramba semua bising balik
hehehe
lawak lah.^^


okeh kawan2...tu je lah kot
tak tau nak cerita pasal apa
nak cerita pasal thesis yang dihantar xde mood
huhuhu
jangan kena bom dalam viva nanti dan le..ameen
ya ALLAH permudahkanlah urusan kami semua..ameen


tata semua...
assalamualaikum

Monday, April 30, 2012

sEOuL gARDen

assalamualaikum  semua.^^

ceria2kan diri anda semua kawan2..oh yeah!!
lama x buat entry baru ni
terkejut tengok kat sini..dah berwajah baru!!!




<--- cantik!!




jakun sekejap.kikiki

hokeh2.dah melalut..focus on the topic.

pada hari jumaat dalam bulan april (pergh ayat)
kami2 plan nak pergi jalan2 release tension n habiskan duit.hahahaha

so kami2 pergilah ke




<---- HERE






nama tempat ni seoul garden maybe dia punya course berasaskan BBQ macam kat korea.
susah nak terangkan..




<--- macam ni






kat tengah dia tu sup.korang boleh mintak sup ape yang korang nak
kat  tepi2 dia tu kita boleh grill
kalau datang kat sini kena pandai chopstick la
aku ni dah la tak reti guna chopstik
so main aci try je la
nasib tak melayang .hehehe

kat sini harga dia tetap
kitorang datang hari biasa + student price + tax dapatlah harga RM25 seorang
korang duduk la lama mana pun
makan la banyak mana pun
that the price
tapi kalau korang datang hari minggu
harga lagi MAHAL
why?
maybe that day is a weekend = holiday <----- maybe

kami2 semua duk kat sana ALMOST 3 HOURS
sebab mindset kami2.."dah bayar mahal2 kena makan banyak2"
hahaha...
tapi
seriously memang best la kat sana
macam2 ada
udang,ketam,,kepah,ayam(mcm2 perapan),sotong (macam2 perapan),ikan(macam2 perapan),daging dimsum, kimchi,sayur2,pau,udang tempura, nasi, mee, aiskrim, ais kacang, air(macam2 perisa) dan macam2.sangat banyak.
ikan dan sotong

udang dan sotong


tak banyak gambar yang kami ambil sebab KAMI SIBUK BERPERANG DENGAN DAPUR!!

hahaha..kami tersalah grill sotong, apa lagi meletup2 la dia
sampai hangit2 dan ade yang separuh masak sebab angkat cepat sangat.
dah tu meletup2, takut gak la kami
hehehe

selepas tu, semua tak berani nak grill sotong
so kami masak2 ikan , ayam n daging je la.^^

muka kenyang
korang tengok kat gambar "muka kenyang " tu
nampak sikit je kan pinggan yang kitorang guna
sebenarnye pinggan kitorang guna bersusun2
sampaikan pekerja kat situ 2X angkut pinggan kitorang
banyak x kitorang makan.huhuhu
orang yang paling awal surrender budak kecik 2 orang yang pakai tudung hitam dan brown yang duduk sebelah2 tu
sebabkan diorang surrender awal, kitorang yang lain2 tolong makan untuk mereka berdua.hahaha..yeye lah


kalau kat sini kan
korang boleh ambik seerapa banyak makanan yang korang nak
tapi TAK BOLEH MEMBAZIR
sape2 yang membazil akan dikenakan cas iaitu bayar mengikut berat makanan yang dibazirkan
so , kirang ambik sikit2 tapi bleh ambik banyak2 kali
tu bagus..boleh ajar supaya tak membazir.kan.^^


ramai yang kata seoul garden kat penang tak halal
menurut kawan aku, seoul garden kat penang ada 2
satu kat luar gurney plaza
satu lagi kat dalam gurney plaza
yang HARAM tu KAT LUAR GURNEY PLAZA
yang HALAL tu KAT DALAM GURNEY PLAZA
jangan tertukar ye kawan2..nauzubillah min'zalik

JOM LAYAN GAMBAR 

kat belakang kami tu tempat ambil makanan

senyum..^^

kena belajar pegang chopstik ni!!

dah kosong?? tambah lagi
Korean sauce dia best.masam2 manis

makan2

DAH HABIS!!!!!




bye semua
lain kali kita bersua lagi
tata

assalamualaikum.^^