Tuesday, August 9, 2011

qUOtes .......from HloVaTe.


assalamualaikum

salam ramadhan semua


hari ni nak tulis tentang kata-kata yang "cambest" from hlovate dalam novel terbaru beliau CONTENGAN JALANAN.

kata-kata dalam buku ni best...
ni dia!!!!

Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini nak kemana.

Kena merancang masa depan kalau nak senang.Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat.

Kalau ada kemahuan dan usaha , halangan tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.

Hidup tak ada cita-cita tu namanya hidup sia-sia.

Semua orang sebenarnya sama saja, tak ada beza.Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya mampu buat kita jadi luar biasa.

Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata.

Sunggguhlah orang kata, nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata.

Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan.

Perasaan apabila terjaga daripada mimpi, itu namanya realiti.

Kalau kompas tersilap arah, perlu berpatah balik walaupun payah.

Benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja.Hati baru nak bnagkit kena siram dengan apa?

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu sakit, nak buang tatu dosa di hati tu lagi perit.

Living here for the hereafter.

Never assume.Ask

Never imitate.Create.

Complex questions only can be solved by patience.

Act dumb.You’ll learn more.

Talking is nothing.Doing is something.

Life is full of answers waiting to be discovered.

When you think you’re it bad, others’ve had it worse.

aku tulis sikit je..nak tau lebih belilah buku CONTENGAN JALANAN

aku bukan nak promote..

tapi memang buku-buku Hlovate ni best.

Semua buku-buku beliau menceritakan tentang watak-watak yang kadang kala sangat dekat dengan kita atau macam diri kita sendiri berubah menjadi lebih baik..


mungkin korang semua tak faham apa yang aku kata.

aku pun pening dengan apa yang aku kata..hehehe

so kalau nak faham...bacalah...NEVER ASSUME..READ

---------------------------------STOP---------------------------------------

assalamualaikum

Wednesday, August 3, 2011

PiZZa....hIDaNGaN bErbUkA pUAsA







Bahan-bahan

Bahan-bahan membuat doh

gandum(ikut suka hati)-ikut keanjalan

1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh yeast


sebiji telur

Bahan-bahan membuat inti


sosej
daging burger
sos pasta
keju
lada benggala

*apa2 sahaja yang anda suka


cara pembuatan doh


  1. bancuh yeast dengan air suam.Jangan guna air panas.

  2. gaul gandum bengan air bancuhan yeast,garam dan telur
  3. masukkan air jika bancuhan tepung terlalu keras

  4. canaikan doh
  5. letak atas tempat pizza atau apa2 je.(saya guna talam dan tudung periuk je)
  6. biarkan doh naik
cara membuat inti
  1. potong sosej,daging burger,lada benggala

  2. gaul semua yang dipotong dengan sos pasta.Tinggalkan seketika(sekejap je)

  3. sapu sos pasta di atas doh
  4. masukkan bahan2 yang bercampur sos pasta ke atas doh
  5. taburkan keju
sedia untuk dimasukkan dalam oven

sebelum masak

selepas masak



SELAMAT MENCUBA

Monday, August 1, 2011

JerNiH YaNG TeRPuJi



Assalamualaikum

entry kali ni tentang anak saudara aku yang pertama
sebagai che' de a.k.a makcik dia sangat teruja
biasa la...anak saudara pertama..hehehe


ALHAMDULILLAH....

syukur kepada-MU ya ALLAH
Tanggal 19/7/2011
telah lahir seorang mujahid kecil yang diberi nama oleh ayah dan ibunya
Muhammad Safuan Bin Mohd Sabri
Pada pukul 6.35 petang
dengan berat 3.28 Kg
kehadiranmu cukup dinanti sekalian keluarga

Safuan sangat comel
mata persis ayahnya
mulut persis ibunya
sememangnya bayi yang baru lahir itu tiada dosa
melihatmu aku jatuh sayang

moga lahirmu sebagai seorang pahlawan islam
membawa al-quran dan hadis sebagai pegangan
Rasulullah menjadi ikutan
ALLAH sebagai TUHAN YANG ESA...ameen



jom tengok gambar safuan ni jap


ni hari kedua safuan melihat dunia ALLAH
time ni safuan duduk hospital sebab demam kuning


yang ni pun hari kedua
tengok mata dia...
sepet kan..hehehe

safuan ni putih melepak
siap ada lesung pipit lagi
kalau tak silap dua2 belah dia ada
kanan dalam kiri tak dalam


ni hari ketujuh
tengah tidur macam2 ekspresi muka ada
makcik dia apa lagi
ambik phone n snap the photo la..
hehehe


ni time senyum
tapi aritu tak sempat nak ambik masa nampak lesung pipit
nanti dah besar ambik banyak2 gambar yang ada lesung pipit
hehehe
insyaALLAH





..........................................................................................................................................................................

sampai sini la dulu
lain kali sambung entry waktu dah besar
andai diberi kesempatan oleh-NYA
insyaALLAH

tata
assalamualaikum

SALAM 1 RAMADHAN