Tuesday, March 29, 2011

Jom Tengok Baby Yang comel

assalamualaikum

entry ni saje2 je..
rehatkan mata
tengok baby2 yang comel
baby ni semua comel sebab takde dosa lagi
kan...




baby ni baru bangun tido..cumel..geram2


baby ni duk berposing baik punya...alahai..rasa cam nak cubit je


cak!!..cumel nye..main nyorok2 plak ye


baby ni nak gi jalan2 kat taman dengan parents dia...baju lawa + baby comel= geram tengok.


baby ni nak marah sebab korang ambik mainan dia..cepat bagi balik!!


bangun tido kerus orang ambik gambar..terkejut saya tau
besar mata dia
comel2


ok ow..sori tak sengaja..
alahai..comel la
geram nengoknye...


done..
suke tengok budak-budak
geram rasa cam nak cubit.
ehehe

babai
assalamualaikum


Monday, March 28, 2011

ReHaT SeKeTiKa..LayaN BloG


assalamualaikum

rehat sat...
exercise skit..pusing kawan pusing kiri..goyangkan kepala anda
hahaha

kenapa saya buat senaman ringan ni
sebab saya sangat letih duk mengadap cik laptop yang comel ni

banyak kerja yang tak siap lagi ni..
asignment + lab report + baca tuk test

sedikit pening...(@@)
cumel tengok baby yang nie.

tengok pegang kepala(pening) tapi cam comel je..ehehe


OK!!!!!
buat kerja wahai permata...

tata..
assalamualaikum

Thursday, March 17, 2011

aLHaMDuLiLLaH.^^

cumel kan baby ni..x sabar nak dapat anak sedare..insyaALLAH

assalamualaikum..

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah

sangat bersyukur kepada-NYA
DIA sebaik-baik PENENTU
kita sebagai hamba hanya boleh merencana...DIA yang menentukan segalanya

pernah tak dengar/dapat mesej yang berbunyi

when ALLAH takes away something from ypur hands
dont thinks HE not care about you
but
HE empty your hand
for receive something better

Dia maha mengetahui tentang segalanya

hari ni aku test jpj
test kereta dan motor
test motor tu kali pertama tapi test kereta tu second test sebab tak lulus..ehehe

ALHAMDULILLAH...dipermudahkan oleh-NYA

masa first test=test kereta tu
kan gagal
memang terasa frust
maybe sebab penat duk buat latihan + panas +kena bayar untuk test kedua (RM60 tu..boleh makan untuk seminggu bagi student macam aku)

tapi ALHAMDULILLAH dengan nasihat + kata2 semangat ibuku (luv u mom.), kawan2 n semua
aku bangkit dari kesilapan itu(pergh...macam ayat novel ..opss..terlebih sudah)

BERBAIK SANGKA dengan ketentuan ALLAH
kerana DIA maha mengetahui

aku tanamkan kata-kata tu...sebab kita sebagai hamba tidak mempunyai daya upaya
hanya kepada-NYA tempat segala PERGANTUNGAN selepas BERUSAHA.
(jangan tak usaha tapi nak berjaya..tu salah tu)

lepas je lulus test tu
terus rasa macam hilang penat latihan dan penat2 yang lainnya
rasa lega yang amat..ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH juga dapat En JPJ yang baik

kepada nakamaku anis

gambatsute ne...moga berjaya untuk test jpj
ameen

layan jap lagu oleh kumpulan nasyid Hijjaz..best lagu ni

Yang Maha Penyayang

Album : Kompilasi Hijjaz
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lihat bulan dan bintang
Menerangi dunia
Betapa agung kerajaan-Nya
Lihat pula lah hutan
Sang suria di atasnya
Semua akur pada Yang Esa

Umpama kan sang unggas
Di rimba belantara
Begitulah bandingannya kita
Sungguh kerdilnya insan
Yang diciptakan Tuhan
Ternyatalah Agung Ar -Rahman

Besar niat bahaya
Kita tempuhi jua
Segala perintah-Nya kita laksana
Jauhkan larangan-Nya
Sembunyi atau nyata
Semua untuk faedah kita
Ikhlas kan pada hati
Amal kerna Ilahi
Teguhkan dalam diri kalam Rabbani
Pesanan dari Nabi jadi panduan diri
Hidup dan mati untuk Ilahi

Tiada perkataan layak buat bayangan
Terima kasih pada-Mu Tuhan
Tak terhitung kurniaan
Biara dakwat selautan
Sesungguhnya Kau Maha Penyayang

sampai sini dulu...berundur dulu
ASSALAMUALAIKUM

Sunday, March 13, 2011

Bisakah aku menjadi AL-FATEH


assalamualaikum
nak beli buku ni!!


tadi pergi ceramah anjuran KARNIVAL ANAK MUDA (KAMU)
tajuknye "bisakah aku menjadi AL-FATEH"
oleh penulis buku "kuasa kepimpinan AL-FATEH"
Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman

sangat best ceramah tadi
mengupas bagaimana anak muda yang berumur 22 tahun membuktikan hadis RASULULLAH S.A.W

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali parit Khadaq:"...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

sumber dan cerita :ambik kat sini

PENGENALAN

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mar 1432 Masihi di Adrianapolis(sempadan Turki-Bulgaria). Wlau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah di sebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam hadis tadi. Baginda juga di beri gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451-1481). baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli falsafah sejarah berpendapat Baginda mangkat kerana di racun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin al-Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar A-Siddiq ra.

Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda di ajar tentang tektik peperangan, memanah, dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ylung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, latin, greek, Serbia, Turki, Parsi dan Herbew.

Di dalam bidang ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda, Sultan Murad 2, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri. Semasa membina benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.


Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Bginda mengkaji pelan Kota Constantinople setiap malam bagi mengenalpasti titik kelemahannya. Baginda juga mnegkaji sebab-sebab kegagalan kempenkempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang yang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Contantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah di bina oleh Sultan Bayazid Tildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia, dan HUngary untuk memencilkan Constantinople apabila di serang nanti.

Baginda membawa para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantina gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ia menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk mengahalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

MELANCARKAN KAPAL PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokkan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian di luncurkan semula ke perairan teluk Golden Horn. tektik ini dikatakan sebagai tektik peperangan terbaik di dunia oleh sejarawan Barat sendiri. kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. petahanan Byzantin menjadi semakin rapuh. Bginda mengambil kesempatan pada malanya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingtkan mereka kepada Hadis rasulullah s.a.w. dan bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING KOTA

Keesokkan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat diding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam di teruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. pda saat genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, " Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, Sesiapa yang mahu syahid ikutilah aku!".

Mendengar itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera banginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka semuanya gugur syahid setelah dihujani dengan anak panah musuh.Kemudian tentera-tentera islam menyerbu betali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWAN CONSTANTINOPLE

Pada 29 mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. baginda menukar namanya kepaa Istanbul (Islam keseluruhan). Gereja Besar St. Sophies di tukar kepada masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah di dahinya dan melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa ini lah baginda di beri gelaran Al-Fateh iaitu menang kerana kejayaanya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada pertama kali solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu sekali sila duduk!". Tiada seorang pun diantara mereka yang duduk kerana tidak ada di antara mereka yang meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, " Siapa di antara kamu sejak kecil hingga kini pernah meninggalkan solat tahujjud walaupun satu malam, sila duduk!". kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al-Wali.Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Hadisnya.

terima kasih PMI + AJK2 KAMU + Ust Syaari
membuka minda anak muda ini
terima kasih ya ALLAH
membuka hati hamba yang kerdil ini untuk ke ceramah tersebut..alhamdulillah

sekian dulu...jumpa lagi..insyaALLAH

assalamualaikum



Saturday, March 12, 2011

berjuang itu pahit kerana syurga itu manis

assalamualaikum

duk dengaq lagu nasyid...sunnah orang berjuang
best lagu dia..kata-kata dan maksud dia sampai
ni liriknya..

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib perintih sayu
Dihiris serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

memang ayat dia power la

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis

amat betul
memang pahit perjuangan itu
kerana pulangannya amat manis

aku hanya insan yang biasa..
tak sampai lagi taraf orang2 yang berjuang seperti orang2 yang terdahulu
sangat kerdil aku ini
tapi aku cuba

dengan perjuangan yang kecil ini
berjuang dengan nafsu
bukankah diri kita dulu perlu di"repair"
untuk menjadikan perjuangan akan datang lebih telus

berjuang dengan stigma orang sekeliling
kuatkan hati dengan pandangan orang sekeliling
buat tak tahu je tengok orang sekeliling tengok pelik kat kaki kita
bukannya tak pakai kasut @ selipar
cuma pakai stoking menutup kaki...
umpama melihat bom di kaki gamaknya..

ya ALLAH
tetapkanlah hatiku di atas jalan-MU
berikakanku kekuatan...

ameen

p/s: ayat berterabur skit..harap dimaafkan

Friday, March 11, 2011

PoSiTiVe


assalamualaikum

selamat pagi seme...
ohayo gozaimasu..

ok arini nk ngomong2 psl +ve
ape tu positive
positive ialah

  1. charge y ade lam kimia tu...
  2. benda y baik
  3. pemikiran y baik
macam2 lagi la...

nak positivekan diri senang x??

bagi aku tengok benda yang nak di"positive"kan
senang @ susah
kadang2 orang sekeliling dan keadaan sekeliling boleh menguatkan diri kita untuk jadi positive

  • parents: bagi kata2 semangat...x pressure anak2..x bandingkan anak2. (luv u mum..dad)..nak balik umah..:(
  • siblings: bagi nasihat..kutuk2 y berhemah(heh..ade kutuk2 y berhemah..)
  • kawan2 :bagi sokongan belakang depan kiri kanan..
rasa bersyukur juga boleh menjadikan kita positive

jangan jadi seorang yang sangat sukakan kesempurnaan
sebab benda ni semua akan menjadikan kita xleh melihat sedikit pun kecacatan @ kekurangan

ingatlah semua manusia tak sempurna
tapi jangan jadikan ayat diatas sebagai alasan semua benda nak buat cikai2 je..

xper la..semua orang tak sempurna..so kita tak cuba ubah diri nak jadi lebih baik
tu tak leh la...
cuba jadi lebih baik
kalau bukan untuk orang lain..untuk diri sendiri..

kita juga kena berbaik sangka dengan perancangan ALLAH...DIA MAHA MENGETAHUI
kita kena ingat y ape y berlaku ade hikmahnya...
kadang2 kita tak nampak hikmah tu sekarang tapi akan datang baru kita terfikir benda tu
korang pernah tak dengar tak kata2 nie

when GOD takes away something from your hands
don't think HE's don't love you
but
HE merely emptying your hands for you to receive something better

ni lirik lagu debu2 dosa by hijjaz
lagu ni macam takde kene mengena dengan post ni tapi aku still nak letak lagu tu kat sini (degil)

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

sumber..klik sini

aku suka lagu ni...
kalau korang tak suka aku tak kisah..(^^)...hehehe

ok la..lain kali jumpa lagi
tata

ASSALAMUALAIKUM