Tuesday, September 29, 2015

KEMBALI MENAIP

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni terasa tergerak hati nak bukak blog.
Bila bukak je, tengok entry terakhir 2014.
Ayoyo lamanyaaaaaaaa.
Tak tahu nak tulis apa, jadi camnilah hasilnya.
Sebenarnya masih takde idea nak tulis ni, jadi kita merapu meraban je lah ye.

Sekarang ni timbul banyak jenis tudung kan.
Ada tudung labuh, square, shawl, instant shawl dan macam2 lagi.
Apa2 pun yang kita pakai, ianya hendaklah menutup aurat dengan sempurna ye kawan2.
Idah pun terikut jugak pakai shawl, hihihi.
Kalau zaman Uni dulu, tudung hitam je memanjang,
sekarang ni dah kaler2 dah.
Mesti yang tak lama jumpa tengok pelik Idah belit2 shawl kan.
Start pakai shawl bila pergi kursus berkomunikasi kat Kelantan.
Puan Su kita la yang ajar pakai ni.hahaha
Memula rasa macam nak tercekik pun ye jugak.
Lama2 dah reti skit belitnya.hihi
Meh Idah tunjuk gambar tutorial yang Idah ambik kat Instagram ye.
Cara pakainya labuh dan mengikut syariat, InsyaALLAH.


Gaya pertama . IG: @Simplehijab


Cara kedua . IG: @closetheart


Cara ketiga. IG: @elanorofficial
Jadi kepada yang nak mencuba, bolehlah rujuk gambar diatas. Rasa cam susah je, korang bukak je utube .
Selamat melilit. ^_______^

Tuesday, March 4, 2014

Aiskrim Oreo paling sedap - SETAKAT NI-

Assalamualaikum semua!!!! sambil kibas2 buang sawang kat blog ni

Pergh!! lama kot tak update blog.HAHAHA
Nak kata busy, jadi babysitter je pun.

Okay, back to the topic!!
Hari tu duk cuba resepi baru
Buat Aiskrim Oreo
for me, cooking is an experiment
SO, bila buka peti nampak whipped cream, ada susu cair + ada yang menyuruh..maka terjadilah aiskrim tu.
MAAF semua, gambar takde sebab? tak ambik (malas).HAHAHA
Malas sebab nak transfer lappy pulak before nak post sini. Nak create new entry kat PHONE tak best, kecik sangat.Alasan berjela panjangnya.Hihi

okey, jom masuk dapur

Bahan
1 tin susu cair
1 1/4 cawan whipped cream
1 bungkus oreo
gula secukup rasa
1 sudu esen vanila
1 sudu ovellete

Cara
Masukkan semua sekali dalam mangkuk kecuali oreo.
Kemudian, putar sampai kembang.
bila dah betul-betul kembang, masukkan oreo yang telah dipecahkan.Gaul sebati (jangan putar,nanti hancur biskut)
masukkan dapalm freezer selama semalaman

Bila adik(Hafiz) makan tu, first time dia puji. Sebelum ni takdenye nak puji.Dia telan je. So success except for the sweetness (Kena kurangkan manis).

Selamat mencuba ^^


PRAY FOR ALL MUSLIM AROUND THE WORLD -QUNUT NAZILAH-