Alhamdulillah setelah lama tidak bersiaran akhirnya tada!!
Tergerak hati nak menaip sesuatu dalam ni.
Okay entry kali ni nak bercerita tentang sesuatu yang saya mula jatuh cinta. Akhir tahun 2015 tak silap saya THE BIG BAD WOLF julung-julung kali datang ke Terengganu. Acara ni berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Mula-mula pergi ke sana dengan keluarga.Waktu tu petang jadi ramai sangat manusia yang datang. Kami tak dibenarkan masuk sebab dalam dewan tu terlampau padat. Kalau ramai sangat manusia pun tak seronok nak memilih buku kan. Akhirnya sampai giliran kami dan yang lain-lainnya untuk terjah dewan tu. Banyak sangat buku sampai tak tahu nak beli apa. Saya beli novel melayu, buku kanak-kanak. Waktu tu tak berani nak terjah english novel sebab takut tak faham bila baca.
Hari kedua saya pergi bersama kawan baik saya, Zahidah. Waktu tu dia dah belek english novel. Dia memang dari sekolah lagi minat english ni. Tolong betulkan grammar saya pun ye jugak. hihihi. Saya pun beranikan diri membeli english novel iaitu THE FLAVOURS OF LOVE by Dorothy Koomson . Cerita dia sangat menarik perhatian saya sampai saya boleh membaca novel tu sampai habis. Itulah permulaan saya membaca novel berbahasa english. Bermula dari situ saya meminjam dari perpustakaan awam. Nak beli mahal sangat jadi pinjam je la yang mampu. Rupanya english novel ni best sebab tak cliche macam novel melayu yang banyak di pasaran. Bukan untuk memperlekehkan novel tempatan tetapi sebagai penambahbaikkan di kemudian hari. Saya memang peminat novel tempatan sejak dari zaman sekolah lagi tau, mohon jangan kecam saya.hihihi. English novel ni banyak input contoh tentang resepi, fesyen. psikologi dan banyak lagi. Jadi secara tak langsung takdelah bosan jalan cerita hanya berpaksikan cinta semata-mata.
my first love |