Saturday, December 15, 2012

Konvokesyen punya cerita

assalamualaikum

aduhai...malas sungguh nak tempek entry baru
nak kata kena kerja , duk rumah tanam tembikai je (erk, bukan anggur ke)..hehe..
okeh2
nak cerita tentang convo ni

pada 21/9/2012 kami2 melabuhkan tirai kami sebagai pelajar ijazah di USM ter-chenta ini
yang memang "best" nye, kami2 kumpulan agrobiology merupakan kumpulan pertama yang menaiki pentas
dan yang paling syok dia ikut abjak.A -> B -> C and so on
dan kawan aku ni nama dia bermula dengan A maka dia merupakan pelajar pertama edisi 6 (kalau tak silap..hehe lupa pulak..maaf..-tunduk- ) yang akan menaiki pentas
memang nervous tahap pari2 la habaq hang (keluar utara plak..hihi)
malam sebelum hari konvokesyen  nak dijadikan cerita, kami2 telah dimarahi penggawa (pensyarah yang menjaga asrama) sebab kami pendatang haram
kami menginap di surau salah satu asrama dalam USM sebab asrama tu dekat dengan DTSP (dewan upacara konvokesyen yang akan diadakan)
bukan kami sahaja yang menginap disitu
ramai pelajar dan ada ibu bapa yang menginap disitu juga
pada malam kejadian, dalam pukul 1.00 pagi tak silap aku, waktu tu kami semua dah tidur sebab esoknya nak bangun awal untuk majlis konvokesyen
aku terjaga dengan mata separuh terbuka sebab terdengar bunyi bising
aku nampak seorang wanita bercekak pinggang dan memarahi kami semua
lepas tu aku pun ambik handset nak tengok pukul berapa dalam keadaan yang masih mamai
lepas tu aku sambung tidur -sebab mamai + ingatkan mimpi-..hahaha..lawak tak
bila aku pejam je mata tu terdengar suara wanita yang menyuruh aku bangun dan jangan bersikap biadap (dengan tidur dan tidak mempedulikan dia)
sesungguhnya aku langsung tak berniat nak biadap sebab aku masih mamai lagi waktu tu
bila dah kurang mamai tu aku tak ingat aku duduk @ terbaring sambil mendengar leteran penggawa tadi
beliau berkata, dia menerima satu aduan daripada jabatan keselamatan menyatakan asrama yang dijaganya itu boleh dimasuki oleh sesiapa saja tanpa pengawasan
bagi aku sememangnya salah kami masuk tanpa kebenaran tapi selama ini aku tengok senior2 lain buat macam tu juga
aku merasakan ada yang membuat aduan tentang semua ini
tapi agak2 la
kami  pelajar dan tidak bekerja
mana nak cekau duit nak menginap kat sekitar USM ni
tambahan pula kena datang awal sebab nak ambik jubah
kami juga pada waktu tu masih pelajar USM -sebab tak konvo lagi-
lepas kena marah tu kami sambung tidur dan buat macam ini semua mimpi
pagi nya bersiap2 nak ke DTSP sambil bercerita pasal semalam punya cerita..
memang nervous la naik pentas tu + topi nak jatuh
jadi gambar yang keluar - senyum + topi sipi2 nak jatuh(nasib baik pin)-
malu memang malu tapi buat2 selamba je..senyummmmm je-
yang sedihnya
mak aku tak sempat tengok sebab masuk lambat + kumpulan aku awal
sedih tau..huhuhu..dah la gambar yang dapat tak cantik
sedikit frust disitu..hahaha
tapi benda dah jadi, nak buat macam mana kan...hehehe
adus..letih la duk cerita panjang2
jom tengok gambar pula

BIAR GAMBAR BERBICARA


gambar keluarga.kurang sorang adik sebab tak dapat datang
gambar ni lawak sebab anak2 duk depan mak n ayah duk belakang
memang anak2 hantu gambo btol la..aduih..(geleng2)
yang ambik gambar tak bagitau kedudukan mak n ayah kat belakang, yang bergambar ambik tempat masing2 tak toleh kiri kanan dah

gambar ni se-pesen- je muka
semua muka hepi
lawak2.^^

mak aku kata macam ambik gambar dengan anak je
lawak la
memang anak pun..anak sedara
aku perasan ade kos lain tengok semacam je
hahaha
-not available eh.kikiki-

me with fresh peach roses
abg ki yang bagi..
suka2..^^

dengan sepupu cum junior
tak faham nape muka aku macam tu
macam berat sangat je bunga tu kan
hahaha
-2 tona lebih cerah (dari kanan ke kiri)..hahaha-

dengan junior
pertama kali jumpa kat library
ukhuwah terjalin sampai sekarang
baik + comel je..hehe

lagi junior
tak ingat bila ketemu dan ramah mesra
sangat baik n comel + ramah

safuan teruja masuk dalam pameran yang dijalankan oleh pelajar sains kesihatan dari USM kesihatan (kubang kerian)

keterujaan terserlah
aduii (geleng2)


ha...dah habis gambar
maka sampai penghujung entry kali ini
insyaALLAH jumpa lain kali ya

Assalamualaikum..^^